Followers

Tuesday 5 February 2013

salahkah menjadi janda??

Assalamualaikum.. 

sedang aku menaip..  rintik-rintik hujan masih lagi berterusan di luar rumah.. panasnya cuma di pagi hari..  kemudian, hujan yang turun menemani bumi johor.. eh sekarang nie kita dekat tempat apa nie?? enaf is enaf, xperlu dan bermadah helah sangat ye wahai minah..  hahaha.. 

okay, back to the topic..  tengok sikit jeling sikit..  SALAHKAH MENJADI JANDA??  actually, aku tertarik tengok masalah ni dibincangkan dekat wanita hari ini pukul 12 tengah hari tadi..  sebagaimana yang kita semua tahu, janda itu terbahagi kepada dua iaitu isteri yang kematian suami dan isteri yang ditinggalkan oleh suami.. 

terlalu banyak yang negatif melalui persepsi masyarakat kita melihat diri seseorang itu sebagai janda.. antaranya "Patutlah jadi janda, perangai dia p0wn xelok, dah la pemalas, jaga anak p0wn xnk", "Dia tu memang patut p0wn jadi janda, xpandai jaga suami"kalau diikutkan banyak sangat pandangan negatif terhadap seorang janda.. kenapa dan mengapa?? pernahkah anda meletakkan diri anda di tempat seorang janda?? itu persoalannya.. 

pada pandangan aku, menjadi janda itu tidak salah.. kerana segala yang terjadi adalah ketentuan dari Tuhan..  jika difikirkan, ada ke manusia yang berkahwin untuk bercerai??   jika manusia itu mengejar harta seseorang, mungkin jawapannya adalah YA.. tetapi seseorang yang begitu ikhlas menerima pasangannya sebagai suami tidak mungkin menginginkan perpisahan dalam perkahwinan.. 

menjadi seorang janda bukanlah mudah..  kerana kita perlu kuat dan punya keberanian berdepan dengan masyarakat sekeliling..   ianya juga pasti lagi memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan kita jika kita juga memiliki anak pada ketika itu..  status janda terus menerus meletakkan diri kita sebagai ibu tunggal yang perlu memikul tanggungjawab untuk mendidik dan membesarkan anak..  justeru itu, kita harus bangun dari masa lalu dan mulakan kehidupan yang baru..


 "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, 'Rabb kami ialah Allah; kemudian mereka bersikap itiqamah, maka akan turun malaikat kepada mereka (dengan mengatakan), "Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih, dan bergembiralah kamu dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu. " (Fushshilat:30)

apakah tindakan yang perlu bagi seorang janda lakukan bagi mengelakkan sebarang cemuhan ataupun dipandang rendah dalam masyarakat sekeliling?? 
  1. menjadi seorang yang kuat dari luaran dan dalaman
  2. mencari perlindungan dengan cara yang betul
  3. mengetahui cara bergaul dan membawa diri  apabila berdepan dengan masyarakat
  4. tidak mengambil peduli dengan kata2 serong dari masyarakat
  5. meneruskan kehidupan dengan lebih baik
nota terajang: jangan memandang rendah terhadap status seseorang.. :))


No comments:

Post a Comment