Followers

Tuesday 31 December 2013

ceritera 2013..

Assalamualaikum.. 

tiada kata secantik bahasa.. ceyh konon.. setelah beberapa lama mendiamkan diri, hari ni baru rasa nak menaip dekat blog kesayangan ni.. kesian dia kena tinggal lelama.. hehe.. 1.1.2014.. selamat tahun baru awak awak dan awak.. 

meyh lah nak share ceritera 2013 yang dah pun berlalu tadi.. terlalu banyak moment yang indah lagi berseri-seri macam bunga api kat luar sana tu.. actually, tahun baru memang aku diajar untuk memerap di rumah.. kalau tahun-tahun lepas duk tengok bunga api dekat tv, dekat depan rumah, so bila dah ada kat rumah sewa, xdengar n xnampak apa-apa pun.. 


first of all, mega mawlid 2013.. ni adalah event yang paling xboleh lupa.. Alhamdulillah, aku diberikan peluang untuk menghadiri majlis-majlis seperti ini.. insyaAllah esok akan menghadiri majlis Malam Cinta Rasul yang akan diadakah di Johor Bahru.. 


next, trip melaka bersama kawan-kawan intersesi.. thankz all for the moment.. even hanya 2 hari 1 malam, bukan mudah untuk kita berkumpul bersama-sama seperti ini.. setelah beberapa lama, aku tidak ke mana-mana, rasa syiok pulak.. hehe.. 


seterusnya adalah raya.. hahaha.. part raya paling aku suka lah.. dah macam budak-budak jerk kan.. yelah.. kan belum kerja, so so so duit raya masih ada.. hehe.. tengok gambar atas tu.. tu adalah duit raya terkumpul untuk raya tahun 2013.. hehe.. dan geng-geng raya seperti biasa konvoi beramai-ramai dan last nya tersadai adalah makan-makan selain kuih raya.. haha..


bufday time.. haha.. ni paling syiok sebab dapat dua kek dalam bulan yang sama.. haha.. thankz family and 3 orang kawan yang telah menyambut bufday saya bersama kek tersebut.. hehe.. kelakar sangat, last2 jenjalan kat dataran segamat setelah setahun lebeyh dekat sini.. hehe..  terima kasih jugak untuk doa-doa dari semua kenalan.. 

akhir kata, selamat tahun baru awak awak semua.. semoga tahun baru ini memberikan kita banyak kebaikan, banyak keberkatan, dan banyak perubahan ke arah yang lebih baik.. sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu datang dari kita sendiri.. apabila masuk tahun baru, maka berubah lah satu lagi tangga umur kita, dan sentiasa ingatlah bahawa ajal itu akan tiba pada bila-bila masa sahaja.. persoalannya bersediakah kita??

selamat tinggal 2013, terlalu banyak kenangan pahit dan manis.. terima kasih Ya Allah kerana masih meminjamkan aku nafas di bumi ini.. terima kasih ibu dan ayah untuk segala jasa-jasa dan pergorbanan kamu selama ini.. terima kasih keluarga yang sentiasa ada di susah dan senangku.. terima kasih kawan-kawan atas persahabatan yang amat bernilai.. terima kasih semua.. 




Saturday 2 November 2013

zoomanji in the house..

Assalamualaikum w.b.t.
'
sedang mood yang sangat baik dan cuaca yang baik.. baiklah kita merajinkan tangan untuk menghapdate lagi entry baru.. ok citer ni dah agak lama jugak lah kan.. dalam seminggu.. so rasa lama ke tak lama?? haha.. ok dah, back to the title.. 'zoomanji in the house'.. nak dijadikan cerita, kelab sudoku telah mengadakan teambuilding yang telah dijalankan di Zoo Melaka.. yeayyyyy.. part-part haiwan memang aku sangat suka dan teruja.. 


hah amikkkkk budak gemuk di depan zoo.. zoo bukak pukul 9.00 pagi, tapi pukul 8.30 pagi kiter orang dah sampai.. so apa lagi.. sesi fotografi tergedik-gedik lah kat depan zoo.. haha.. so so so.. lepas je zoo bukak, kiter orang terus masuk.. ada briefing sikit.. lepas tu, terus je start activiti.. 

antara aktiviti yang telah dijalankan adalah mencari bola pingpong dalam tahi gajah, meneka mata binatang dengan betul, mencari duit syiling 20sen di dalam bekas yang berisi katak, menyelesaikan puzzle dan sebagainya.. disebabkan aku fasilitator, so aku just standby kat checkpoint jerk.. so pagi-pagi lagi aku dah mengadap gajah yang hensem lagi menawan.. haha.. 


hah tengok betul-betul, best kan aktiviti yang dijalankan ni.. so tatap lah gambar ni, takut-takut ada awak-awak semua dalam ni.. haha.. kat sini aku nak bagitahu jugak teambuilding tu hape.. sebab bila aku cakap pasal teambuilding, ramai sangat tanya, "teambuilding tu hape benda?".. huhuk.. so teambuilding ni lebih kurang macam explorace lah.. berlari-lari tuk completekan segala task yang diberikan di checkpoint.. 

aktiviti ini telah dijalankan pada pukul 10.00 pagi sehingga lebih kurang pukul 3.00 petang.. dan paling best sekali.. as fasilitator, mestilah kita duk suka gelakkan orang sana sini kan?? tapi tapi dan tapi.. time majlis penutup, dorang dorang dan dorang boleh lah pulak suruh kiter orang buat dua aktiviti yang sangat menyeramkan.. aktivitinya adalah mencari duit syiling 20sen dalam bekas yang ada katak.. wuuuuuuuu.. dan dan dan minum telur mentah yang bercampur dengan cincau.. oh maiiii.. nak jerit pun mestilah takkan terkeluar suara.. so buat jelah.. redha katanya.. haha.. 


ini adalah antara muka-muka yang sangat kebal dan mantap yang telah berjaya melaksanakan segala task-task yang diberikan.. opps lupa.. dorang jugak terpaksa pegang ular selama 30saat if i not mistaken.. so so so congratulation awak orang.. and thankz so much kerana telah bersama-sama join kiter orang tuk aktiviti ini.. and insyaAllah akan ada banyak lagi event selepas ni.. 


congratulation jugak untuk commitee member yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan event ini.. segala penat dan lelah anda telah berhasil.. yeahhhhh.. dan yeahhhhh settle satu aktiviti dan boleh fokus untuk aktiviti yang seterusnya.. hehehe.. 

nota terajang: kalau xtry, kita xtahu kita boleh buat ke tidak kan.. so just do it!!

Friday 1 November 2013

kursus pra perkahwinan..

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah.. sampai jugak dekat rumah tercinta.. disebabkan terlalu excited nak balik rumah, sebelum pergi kelas pagi tadi, aku dah siap-siap kemas dan masukkan semua barang dalam 'en tenggiling' kesayangan.. haha.. dari tadi duk tenung blog ni.. nak taip ke tak nak?? nak tulis ke tak nak?? nak update ke tak nak?? haha.. sebab aku bukannya jenis penulis tegar.. oleh sebab kebizian yang teramat sangat, menaip pun jadi malas nanti.. 

so entry ini adalah berkenaan KURSUS PRA PERKAHWINAN.. so menarik kan?? bila kita pergi jerk kursus kawin, ramai yang akan tanya, "eh bila nak kawin?", "dapat orang mana?".. haha.. biasa lah lumrah kehidupan.. pada kebiasaannya orang yang pergi kursus kahwin ni, orang yang dah bersedia untuk memasuki alam rumahtangga.. tapi pada aku, "tidak salah sekiranya kita ingin menghadiri majlis ilmu".. 


sila menatap muka depan buku di atas.. 'negeri johor'.. iye, aku anak jati johor.. haha.. memang xpernah terpikir nak pergi kursus kahwin awal-awal.. tapi memandangkan kursus kahwin ni dijalankan di 'sekolah', so so so ada baiknya aku join.. sebab after tamat sekolah, mesti dah start bizi dengan kerja, nanti terpaksa curik-curik masa pulak.. 


ini adalah finalis-finalis yang akan berkahwin.. haha.. ayat xley blah.. sebelum pergi kursus kahwin, so jom bergambar.. ni adalah perkara yang dimestikan sejak dua menjak ni.. haha.. nie sumer housemate yang join sekali program kursus kahwin.. hehe.. so seperti biasa perkara yang ditunggu-tunggu adalah bab munakahat.. haha.. 


itu dia.. itu dia.. macam best jerk.. macam best jerk.. haha.. time nie mata semua orang sangatlah besar.. dan muka semua orang adalah sangat berseri-seri.. haha.. biasalah budak sekolah memang macam ni.. haha.. sabor jela perangai.. banyak slot yang ada dalam program kursu kahwin ni selain dari bab munakahat.. antara slot yang terlibat adalah mengenai tanggungjawab, kesihatan, pengetahuan dan sebagainya.. Alhamdulillah kursus yang diadakan selama dua hari berjalan dengan lancar.. hehe.. 


dan sememangnya ramai yang mengatakan setelah menghadiri kursus kahwin, anda boleh bernikah.. tetapi pada aku ilmu yang kita dapat semasa pengajaran tersebut adalah sangat penting.. dan tidak salah sekiranya anda mahu menghadirinya untuk kali kedua.. hehe.. so time aku datang kursus kahwin ni jugak, dorang ada bagitahu yang borang nikah semua dah boleh download dekat internet jerk.. hehe.. so xperlu lah nak datang ke pejabat agama.. sekian.. 

nota terajang : perkara yang paling baik dilakukan di dunia adalah sering mengikuti ataupun meghadiri majlis-majlis ilmu.. 

Friday 18 October 2013

bufday gurl..

Assalamualaikum w.b.t

pejam celik pejam celik dah pun hari jumaat.. so maknanya maknanya maknanya......CUTI NAK HABIS DAH BRO.. sadisnya.. xpuas lagi duduk dekat rumah.. hehe.. alasan lebih, padahal malas nak balik sana, malas nak g kelas.. malas nak buku.. dan malas semalasnya.. haha.. ok dah, selama dekat rumah, sampai pun dah lewat petang hari sabtu, so pastinya cuti itu telah ditolak.. plus plus dengan raya, so memang tidaknya nak bukak buku segala.. 

actually, nak cerita pasal sorang budak yang meningkat dewasa.. dewasa ke?? remaja ok.. (pembetulan disitu).. haha.. selalunya time hari jadi @ hari lahir @ hari kejadian aku dah ada kat rumah.. so untuk kali ni, memang aku tiada kat rumah.. dan terima kasih kepada semua yang wish dekat mesej, mukabuku, kelas dan sebagainya.. really appreciate.. :))


yuhuuuuuu.. muka budak gembira tetiba dapat kek.. haha.. senyum lebar dan lebar lagi.. ceyh petang tu ada test and dah lepas ley lah senyum lebar lebar kan.. actually kedai makan yang kitaorang pegi nie memang superb giler.. bagi aku sume special and sume sedap.. hehe.. siap ada lilin tu.. dorang lagi lah duk nyanyi - nyanyi and soh tiup lilin.. malu i.. hahaha.. 


nahhhhhh amikkk.. selain dari aku, tu sume lah makcik-makcik yang telah buat surprise.. hehe.. fira, tiqa and ummu.. thankz korang, sayang ketat-ketat.. hehe.. gambar yang berlatarbelakangkan pemandangan i-city celop tu memang sangat cantik.. lagi-lagi bila ada awek cun prefer nak jadi camerawoman.. haha.. ingat nak seround lagi jenjalan kat funfair tapi alkisahnya hujan malam tu, so no funfair yerr budak-budak.. hehe..

selain daripada itu, ceyh ayat cam nak buat karangan.. haha.. sampai je rumah, ingatkan dah xde kek sebab balik pun dah lambat.. so, angkat sume barang masuk rumah dengan lajunya.. kalau dah cuti, apa yang ada dalam otak adalah rehat rehat rehat tanpa buku buku buku.. haha.. barang memang sangatlah banyak kerana dah sebulan xbalik rumah, so macam macam aku sumbat kat 'en tenggiling' tu.. haha.. 


nah amik lagi sebiji kek.. haha.. credit to kak nadd sebab dah prepare kek awal-awal.. haha.. eh eh eh kek tersamalah pulak dengan tudung.. memandangkan semua orang kebizian, so aku sorang amik gambar.. abaikan muka yang sangat penat itu ok.. haha.. so so so selamat hari tua lah budak.. hehe.. 


ok nah full cake.. haha.. nick joyahjunior memang dah sebati dalam kehidupan aku.. so memang itu lah nama pilihan.. haha.. selamat hari lahir joyah.. semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. mendapat kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.. angka 22 sudah.. :)

nota terajang : terima kasih terima kasih dan terima kasih..


Saturday 5 October 2013

ceritera semalam..

Assalamualaikum w.b.t.

menjelang pukol 1 pagi dan ke atas.. aktiviti kita pada hari ini adalah menaip ceritera semalam.. yang tu nanti lah cerita.. hari ni punyer cerita adalah apabila kerajinan melakukan kerja-kerja sekolah dan terputusnya bekalan elektrikkkk.. sabor jela den nie.. dan apabila terputusnya bekalan elektrik, mood untuk melakukan segala kerja-kerja sekolah terbantut.. haha.. even dah ada elektik dari pukol 11 lebeyh tadi, aku still belum start buat kerja sekolah yang sangat melambak.. 

ok dah, mari kita ceritera semalam pulak.. setelah mendengar cerita-cerita dari orang lain bahawa terdapatnya funfair di kawasan bandaraya.. bandaraya lah sangat.. haha.. so dengan gegehnya aku dengan kawan2 yang baik hati telah pergi ke tempat kejadian.. hah tengok lah bahasa aku, dah macam apa.. ok meyh tengok gambar pulak.. 



hah amik tu.. nampak tak betapa gembira dan bahagianya kami ber'empat' apabila sampai ke tempat kanak-kanak sebegini.. setelah membayar harga tiket, so jom main apa yang ada.. haha.. ke'jakun'an sangat membuak-buak tatkala ini.. haha.. 


tengok jangan xtengok.. besar kan?? tapi kiterorg xnaik pon.. orang-orang kapel best lah kot naik benda cam ni.. tapi member aku cakap syiok lah naik benda ni, bole tengok kawasan.. tapi bila dah sampai rumah, aku lak terpikir, best jugak kalau naik.. ish.. manusia manusia.. 


hah yang ni pulak top gun.. seronok tahap gaban aku rasa kalau naik benda alah nie.. tapi memandangkan aku dah pening2 lalat.. so cancel lah naik benda nie.. lagipun aku dah penah naik benda alah ni kat tempat lain.. hehe.. dan memandangkan kawan-kawan semua xmo naik, so memang cancel lah.. xfeel lah lau tarak member.. 


yang ni challenger.. yang nie pun best jugak kot sebab dye naik ramai2.. tapi rasa- rasa selepas tengok dan belek-belek cara permainan dia, aku rasa pening kot kalau naik.. haha.. so ni pon cancel.. lau aku pergi lagi, aku naik rasanya.. haha.. perangai macam budak-budak.. yelah time aku budak-budak, parent aku xbawak pergi tempat cam nie.. bahaya katanya.. 


buaian senget.. haha.. yang ni aku naik sebab xpuas main kat genting dulu-dulu.. so main lah kat sini,, tapi yang ni aku main sorang jerk.. seronok pusing-pusing sampai pening.. haha.. before main nie, kiterorg main rollercoaster.. tapi sayangnya sebab excited, so no picture okeyh.. hehe.. 


dan last sekali.. yang paling extreme dan sangat menakutkan adalah permainan vortex nie.. perghhh rasa seram giler.. mana tak nya.. 8 orang jerk duk main benda alah ni dalam satu game.. bila orang kat bawah nk naik.. orang kt atas tu dah tunggu.. seram ok.. rasa nk tercabut jantung tengok orang lain main.. aku?? belum ada keberanian lagi nak main benda alah nie.. haha.. tengok pun jadi lah..

so so dan so.. ni jela kot ceritera semalam.. time balik nak pi bungkus makanan, jalan sangat lapang okeyh.. haha.. bagus jugak lah taman permainan yang cam ni ada kat tempat den.. so adalah jugak tempat nak pegi dari wayang, karaoke dan bowling.. ok dah lah, nk kena siapkan report.. see u soon.. hehe.. 

nota terajang :  seronok seronok jugak.. tapi ingat teruskan fokus dengan segala kerja.. kbye.. 

Wednesday 25 September 2013

sayang kamu dan kamu.. :))

Assalamualaikum w.b.t

hai hai.. lama sangat xjenguk blog nie.. kesian dia.. haha.. aku tengah duk joget2 dengar lagu sheila on 7 nie.. haha.. sabor jela perangai.. sory sory and sory to my blog sebab sangat2 bz.. cuti dua bulan telah dipenuhi dengan intersession program.. hehe.. actually, program ni adalah merupakan program short course di universiti aku.. aku pernah citer kot pasal nie.. hehe..
so the best about this program is 'CIKGU SAYA'.. hehe.. cikgu hasan.. cikgu kiterorg sangat2 lah sporting.. hehe.. suka sangat.. buat lah kelas pagi ke, petang ke, malam ke, sumua orang mesti happy.. hehe.. betul lah orang cakap 'setiap pengajar ada power mereka sendiri'.. eh cam ne tu? paham2 kan jela ok.. and selama setahun aku dekat sini, aku rasa dengan cikgu ni lah kiterorg paling rapat.. hehe..


hah yang ni gambar time jamuan rayer dekat kepsi.. haha.. b4 makan, haruslah gambar kan.. hehe.. nampak kan?? semua bahagia tersangat2 even time rayer orang sibuk berayer, kiterorg ada kelas lagi.. haha.. part ni semua sebelah perempuan perempuan.. haha..


hah hambik kau.. ni pulak gambar kami semua.. hehe.. yang depan pakai baju hitam tu lah cikgu saya yang hensem.. hehe.. dan ni lah classmates aku selama 5 minggu.. hehe.. oh rindu kalian semua.. rindu nk belajar ekonomi sama2.. rindu cikgu hasan.. rindu nak study dekat library sama2.. 

Alhamdulillah.. Tuhan telah menemukan kita semua.. terima kasih cikgu atas ilmu-ilmu yang diberikan.. terima kasih juga kawan-kawan kerana membantu saya semasa belajar.. so lepas ni, kita jumpa gathering dekat melaka pulak ok.. hehe.. 

nota terajang : Good luck awak awak semua.. :))

Thursday 8 August 2013

popcorn time..

Assalamualaikum..

hari ni nak citer pasal satu movie yang mampu membuatkan aku seram sampai rasa nk kuar dari panggung wayang.. cisdale betul movie nie.. actually before balik kampung hari tu, membe aku ajak tengok movie.. so citer tu memang aku nak tengok pon.. dah alang2, baik tengok sebab nanti bila dah sampai rumah, aku xtaw nak ajak sapa g tengok.. so so so even mata mengantuk, tengok jugak.. 


hah ni dia movie yang kiterorg duk tengok.. p time tu, aku rasa aku tengok. 2 August kot.. ntah hilang ingatan kejap.. haha.. sebenarnya citer nie based on true story yang menceritakan tentang seorang perempuan yang telah dirasuk dan dipergunakan untuk membunuh anak dia sendiri.. lebih kurang macam tulah cerita dia.. 30 jam pertama aku tengok sambil duk kelip-kelip mata sebab mengantuk kan.. tapi lepas tu, memang xtidow lah sebab citer nie banyak benda yang menakutkan dan pengarah dia cam ajak kita sekali join dalam citer tu.. 


hah ni dia penyiasat tentang hantu atau benda-benda pelik dan sebagainya.. dorang ni suami isteri.. dan if dorang dah dapat satu kes, dorang memang akan tolong org tu sampai kes dia settle.. dan macam-macam kes dorang siasat.. tapi kes yang ditanggung dalam citer ni kira paling adventure lah bagi dorang.. 


hah tengok 2.. orang yang taw seram jerk, dia akan rasa seram.. ntah pape aku taip nie.. haha.. actually, filem ni memang seram dan menakutkan..  dah lah time aku tengok 2, ada 4 orang jerk dalam panggung wayang tu, so seram dia jangan cakap lah.. aku sampai bercita-cita nak kuar dari situ.. hah xpernah-pernah terfikir nak buat cm tu.. p disebabkan nak tahu kisah selanjutnya, still xbergerak dari kerusi.. haha.. 


hah nampak kan.. berbaju kurung g tengok wayang.. hehe.. time amik gambar nie, member aku cakap hantu tu tengok aku.. siot jerk kan dia.. haha.. pe pun, aku nasihatkan kepada sesiapa yang ada sakit jantung, lemah semangat dan sebagainya, xpayah lah tengok citer nie tok elakkan perkara-perkara lain terjadi.. tapi andai kata ada orang nk tengok citer nie, ajaklah aku sebab aku nak join sekaki.. haha.. 

nota terajang : pengarah yang berbakat mampu menghasilkan filem yang masih ada dalam pemikiran kita even kiter dah keluar dari panggung wayang.. 

hari raya pertama 2013..

Assalamualaikum.. 

Morning.. hari raya kedua.. jenjengjeng.. pagi-pagi lagi perut dah 'memerut'.. tau ke memerut tu apa?? alahai dye adik beradik dengan sakit perut.. haha.. hah tu lah akibatnya bila makan xingat dunia.. haha.. semalam duk hentam ketupat, nasik himpit dan tersepit, rendang, ayam kari, ayam masak kicap, serunding, sambal kacang, sambal goreng, sayur pedas, kuah lodeh dan sebagainya.. air pulak jangan cakap lah, air gas, ribenna, ice lemon tea, nescafe sume aku bedal.. haha..

the best thing bila raya adalah dapat berkumpul satu family and jumpa sumer sedara mara.. kehkehkeh.. p family aku xde lah besar sangat.. so, meriah dye kurang sikit.. tapi kiterorg jenis 'ketawa kuat'.. so memang xingat dunia lah bila gelak tu.. and mostly jiran-jiran cakap xkira dari nenek, makcik and sampai lah kat generasi kiterorg, ketawanya sama jerk.. haha.. 


nah, amik nie.. gambar gedik.. kehkehkeh.. actually. ni baju hari raya kiterorang.. tema tahun ni adalah 'pink'..  xtaw lah sape yang decide nak colour nie.. p lau nk diikutkan colour lain sumer dah ada kot.. hah xpe, boleh tambah koleksi.. hahah.. 


hah tengok.. ni lah adik beradik.. sumer pink kan.. hahaha.. kiterorg sumer masih muda remaja.. sumer lom kawen lagi.. p xtaw lah tahun-tahun mendatang.. lau ada yang kawen, so tambahlah lagi family.. hehehe.. and bertambah lah lagi duit raya aku.. kahkahkah.. masih dapat duit raya ke tidak?? aku still dapat atas alasan 'STUDENT'.. haha.. untung kan kan kan.. 

ni jerk lah dulu ok.. gambar-gambar seterusnya akan diupload kemudian.. hehe.. ok dah, dikesempatan ini, aku nk ucapkan selamat hari raya.. maaf zahir dan batin.. ampun dipinta andai terkasar bahasa dan tersilap kata dan teremosi xtentu hala.. hehe.. :))

nota terajang: berayalah dalam keadaan yang sederhana kerana itu adalah lebih baik.. 


Friday 2 August 2013

3 ogos 2013..

Assalamualaikum..

Hari Sabtu, 3 Ogos 2013 bersamaan 25 Ramadan 1434..  pejam celik pejam celik xsedar kita dah pun masuk bulan Ogos.. dan kita juga berada di penghujung ramadan.. cepatnya ramadan berlalu.. semoga ramadan kali ini adalah ramadan yang baik dari sebelumnya.. insyaAllah.. dan semoga segala amalan kita diterima-NYA.. Amin..  

Alhamdulillah..  syukur kerana kita masih lagi bernafas di bumi Allah.. Alhamdulillah..  syukur kerana kita masih lagi diberi peluang dan ruang untuk memperbaiki diri.. Alhamdulillah.. syukur kerana kita masih mampu meneruskan ibadah puasa pada hari ini dan insyaAllah pada hari seterusnya dan tahun yang seterusnya.. Amin.. 

nota terajang : selamat berpuasa.. :))

Friday 19 July 2013

belajar dan belajar

Assalamualaikum..

buat pengetahuan semua, sekarang nie aku berada di rumah.. ("eh itu pon nak bagitau semua orang ke?") no lah.. actually, tahun nie aku berpuasa di perantauan.. perantauan lah sangat.. yang penting bukan bersama family, so kira perantauan lah kan.. time2 cm nie, tiada apa yang lebih menggembirakan selain dapat bersahur dan berbuka bersama family tercinta.. hehe.. 

sepatutnya aku dah pun cuti sem time nie, tapi disebabkan aku amik intesesi @ amik short course, so so dan so aku ada lah kelas time2 sume orang cuti.. tapi xpelah, berkorban apa sahaja.. ( "xgitu cik kiah?") hahaha.. bila citer pasal intesesi nie, aku sangat2 bersyukur sebab dapat lecturer yang sangat sporting tapi tegas.. kenapa aku cakap dia sporting?? sebab setiap hari kelas even kelas dari kol 2petang sampai 4petang yang confirm buat org lain mengantuk termasuk aku jadi kelas yang paling happening.. xsah kalau xgelak dalam kelas.. kenapa aku cakap dia tegas?? sebab setiap hari kami akan dijamukan dengan latihan dan kuiz.. aum aum.. 

memandangkan short course nie hanya mengambil masa dalam masa 5 minggu, so tumpuan sangatlah perlu apabila berada di dalam kelas.. yeay itu dia semangat kan.. ceyh konon.. haha.. hopefully semangat nie akan sampai ke penghujung sem.. yehaaaa.. 


hah tengok gambar hiasan nie, semangat kan.. tapi jangan percaya.. itu semua adalah placing.. hahaha.. belum start pon lagi.. susun jerk dulu nak bagi semangat datang even cuti hujung minggu.. hahaha.. xpe, perlahan2 kayuh yerrr.. 

sampai disini sahaja lah bebelan aku pada kali ini.. disebabkan cendol2 yang enak lagi memberangsangkan nk jatuh dari hidung, so better stop.. hahaha.. opps ada orang tengah makan sambil blogwalking ke?? confirm lah tade kan?? haha.. 

nota terajang : selamat tidur bersama kotak tisu.. hehe.. :))

Sunday 23 June 2013

dinner time..

Assalamualaikum.. 

setelah sekian lama tidak menaip, terasa kekok pulak jari jemari.. hehe.. konon lah kan.. saja bg ayat gempak time awal2 kan.. haha.. sekarang kan sebenarnya time aku cuti.. so saja duk selak2 blog nie.. eh cuti mendanya.. sekarang time study week.. study week oke.. (lempang kat muka, bagi sedar sikit).. hehe.. 

jam menunjukkan pukol 1.39 minit petang.. tapi tuan belog belom mandi lagi.. (standard lah bila dah ada dekat rumah kan).. hah memang tade sape lah nk dekat kau.. dah lah pemalas + xpandai masak + kuat tidow.. haha. sekian pakej kehidupan aku.. ok done.. 

sebenarnya cam banyak sangat nk citer, tapi one by one lah kan.. hehe.. oke time nie kte citer time pegi dinner lah kan.. dinner nie berlangsung pada minggu lepas.. jap2 cek tarikh sat.. hah AHAD, 16 JUN 2013..so tema kita pada dinner nie adalah MERAH + HITAM..  so so so, ce tengok sikit gambar aku time dinner.. 


budak gemokkkk.. 

hahaha.. sila tengok gambar.. semakin membesar dengan sihat yer budak nie.. hahaha.. ngek lah kan.. time nie sebenarnya dah sampai, p saja duk melepak dekat dalam kereta.. sebab segan nk turun sebab belom ada ramai orang p0wn yang datang.. hehe.. sesungguhnya perut yang berlapis itu adalah comel.. kahkahkah.. 


tantanaaa...

agak bergegar yer gambar di atas.. mungkin jurugambar kita gegel bila mahu meng 'capture' gambar kami bertiga.. haha.. time nie ramai kot yang tengok.. pas2 ramai org nak amik gambar kat c 2.. maka dengan pantas aku menyelit di setiap tempat memandangkan aku tade kamera canggih.. haha.. xpe2.. one day, tunggulah nanti.. haha.. 


gambar lagi..

hah gambar nie time kt meja makan.. majlis dah start kot time nie.. tapi kiterorg tetap nk bergambar.. (almaklum dah lama xberdinner, so tahap ke'jakun'an agak tinggi lah yer.. hahaha.. actually nie, ni dinner tok marketeers.. lupa lak nk mention time awal2 tadi.. hehe.. so after makan2, kiterorg p0wn balik lah.. majlis habis dalam pukol 11.30 macam 2.. hehe.. 


orang gemok yang perasan.. haha

ok last nie gambar konon2 retis lah kan.. padahal, hampagas.. hahaha.. ok nie lah gambar berdinner minggu lepas.. sebenarnya masa sangat tidak menyempatkan.. bayangkan lah dinner pukol 8malam.. aku sampai ke rumah sewa pukol 7malam.. sabor jela.. so, pe p0wn.. selesai sudah majlis tersebut.. 

nota terajang :please take your time to smile when you are very tired in your whole day.. (berterabur english i oke) haha.. 






Wednesday 12 June 2013

very busy day..

Assalamualaikum.. 

hey hai.. lama sangat dah tinggal blog ini.. sorry dear, darling, mucuk2.. haha.. sumer lah.. giler rindu nak menaip.. so disebabkan xley nk pejamkan mata, so marilah kita duk tengok2 dah berapa banyak sawang yang ada di dalam blog ini.. haha.. rindu blog, rindu nak taip2, rindu nak luahkan sumer dekat sini.. haha gedik kan ayat di situ.. 

i think yesterday is my very bad day.. i did know why but everything that what we have done hurmmm langsung xmenjadi.. eh apa aki merepek nie.. yeah salah sendiri.. we have to admitted our mistake.. there are two presentation in one day.. two group presentation okeyh.. so what I really want to say is 'I did not complete my day very well" sobsob.. yeah, Tuhan sedang menguji kita.. be patient okeyh.. everything will be okeyh.. 

hah nie aku taip panjang2, kang ada org ingat aku tengah buat eseimen.. hahaha.. so so and so, do your best in the next presentation.. yeahhh, u can do it.. motivate yourself dear.. so esok ada lg presentation.. individual presentation, so hopefully i can do better than yesterday.. eh bukan esok tapi arini 13/6/2013.. and one more thing is 'TEST ARAB'.. memang xsentuh langsung, so after presentation, terus fokus untuk test.. kemon kemon.. hahaha... 

pe p0wn, ada lah jugak perkara yang menggembirakan untuk hari nie.. we are handling the competition of Sudoku.. so mulut bercakap memang xingat lah kan.. kalau bole, nampak jerk orang, terus nak ajak join.. ramai member aku cakap, muka aku time approach orang sangat garang.. haha.. kelakar kan.. mayber sebab penat sangat kot.. konon lah kan.. xnk lah tunjuk gambar sebab nk kumpul banyak2 dulu.. haha.. boleh x kalau macam 2?? hehe.. 

nota terajang :  please please and please think positive.. :))



Thursday 25 April 2013

kuih pukis.. :))

Assalamualaikum.. 

tik tok. cepatnya masa berlalu.. hari ni dah hari jumaat.. so dah nak habis p0wn cuti aku.. hehe.. keje skola of course lah belum siap.. sentuh p0wn tidak.. hehe..  masa berlalu, tanpa ku menyedari.. lalala.. layan perasaan lah pulak.. 

ok dah.. nak citer pasal satu kuih nie.. semalam aku g pasar malam.. hehe.. p lau korang lau taw, aku memang tiap2 minggu p0wn g pasar malam.. lau x dekat rumah family, dekat skolah p0wn aku g pasar malam.. haha.. ok dah.. citer lebeyh lah minah nie kan..

kuar jerk dari kete, tiba2 aku teringat satu benda.. kuih pukis.. hah pernah makan x kuih pukis?? aku giler lama dah xjumpa kuih nie.. hehe.. ntah kenapa tiba2 semalam rasa nk makan.. tp dekat pasar malam 2 xde p0wn jualnya.. hah nk tengok rupa dye cam ne.. hah tengok nie..



hah nampak x?? yummy.. oke telan jerk lah air liur oke.. xsilap aku dulu dye ada rasa lain, pandan kowt.. tapi sekarang nie org tmbah lah chocolate chip, apa bagai sume lah.. dorang kan nk rasa macam2.. strawberry lah dan lain2.. hehe.. actually, pic sume aku amik kat en google sebab aku xde pic yang real p0wn.. 



gambar en google lagi.. hehe.. first time aku makan benda nie time aku kecik2 dulu lah dekat pontian.. dulu selalu sangat p sana, bnde nie jual kat tepi jalan jerk.. p panas2 kat tekak, perghhh sedap kowt.. haha .. p sekarang nie memang jarang lah jumpe kuih nie.. nama dye p0wn cam pelik kan.. kuih pukis.. hehe.. chumell jerk rasa.. 

so, sape2 rasa yang teringin nak rasa cm ne kuih nie, sila lah mencarinya di pasaran yer.. n sape2 yang dah taw lokasi 2, sila lah bgtaw aku sebab teringin nak makan nie.. hahaha..

nota terajang: yang tade tulah biasanya kita teringin kankankan.. hehe..




Saturday 20 April 2013

menaip itu mudah..

Assalamualaikum..

untuk dia yeay.. untuk dia yeay.. ntah pape intro cam 2.. ok dah.. nk dengar citer terbaru?? xdelah baru sesangat p0n.. hahaha.. tapi kan tapi kan tapi kan.. sebenarnya aku tengah menjalani cuti yang panjang.. hah panjang lah sangat.. seminggu cuti sekolah.. wow.. seronok.. cuti tanpa perlu naik tangga kelas.. cuti tanpa mendengar cikgu bercakap.. cuti tanpa buku bersepah di atas katil.. hehe..

apa xtvt sepanjang cuti?? hurmm.. setakat nie, makan, tdow dan makan lagi dan tdow lagi dan begitulah seterusnya.. hahaha.. ok dah, nampak x tajuk kat atas 2.. pasal menaip.. hehe.. ape itu menaip?? menaip adalah menggerakkan jari jemari anda di papan kekunci untuk mengeluarkan huruf-huruf di skrin komputer anda.. hehe..

salah satu hobi terluang adalah menaip.. haha.. lau masuk chatroom orang lain, habis penuh skrin.. hahaha.. aku cakap sorang2 dalam 2 p0wn jadi.. haha.. eh banyak sangat gelak nie.. ok stop.. kenapa aku cakap menaip itu mudah?? kerana menaip itu ikut suka kita kan.. sama jerk macam korunk buat keje skola.. taip je lah apa yang terlintas kat pemikiran korunk 2 kan.. tapi biar logik lah kan.. hehe..

taip itu mudah, tidak seperti menjaga hati orang lain.. taip itu mudah kerana kita boleh melahirkan apa sahaja yang kita mahu berdasarkan jiwa dan raga.. haha.. cam 2 ke?? ape p0wn, pada aku menaip itu lebih mudah dari segala-galanya.. hehe.. ok tengok sekarang, menaip punya menaip, dah banyak rupanya.. kahkahkah.. 

 nah tepek satu gambar tahun bila ntah.. 

disebabkan nampak cam kosong sangat, so tepek satu gambar.. kahkahkah.. siapa lagi chumell antara mereka berdua?? semestinya pingu itu.. hahaha.. ok done.. ada masa nt, aku taip lagi..

nota terajang:  menaip itu lebih mudah dari menjaga hati setiap insan.. :))



Saturday 13 April 2013

indahnya berada di rumah

Assalamualaikum w.b.t

hai semua.. ceyh macam ramai jerk yang duk baca blog kau nie jah.. hahaha.. tengok tajuk dah taw lokasi aku sekarang nie kan.. haha.. padahal minggu depan cuti panjang, tapi still jugak nak balik rumah.. apa pon xboleh.. jadual memang akan sentiasa padat.. tapi kena lah makin mampatkan, baru lah kehidupan namanya.. kahkahkah.. 

konon jerk duk bawak buku sekolah byk2, tapi satu hape p0wn xbukak.. itulah lumrah seorang pelajar.. haha.. mengaku terus.. newey, minggu lepas aku p trip.. ceyh tapi xde lah trip jauh maner p0wn.. tapi sgt lah teruja sebab berjumpa dengan gajah yang chumell.. eh cerita gajah xhabis lagi ke?? haha..  mei tepek satu gambar bersama gajah.. 


tengok gambar di atas.. wow.. xley blah kan.. dah macam budak sekolah.. hahaha.. tapi memang budak sekolah p0wn.. xcited giler kan dapat gambar dengan gajah.. hahaha.. so, dapatlah hajat berjumpa gajah.. kehkehkeh.. 


sebelum pape, kita posing2 dulu.. ceyh.. muka sebelum penat memang macam nie.. plus dengan xcited terlebeyh kan.. so muka sgt memainkan peranan.. hahaha.. kawan2 gedik terlebeyh memang begini lah rupanya.. hahaha.. 

that one is muka bergambar tapi macam kena paksa.. haha.. time nie dah petang and kepenatan + kebusukan + kebacinan terserlah.. hahaha.. ayat apa p0wn xtaw lah.. newey, settle dah satu aktiviti.. yeayyyy.. 

nota terajang:  senyum-senyum kambing gurun.. hehehe..


Thursday 28 March 2013

pin pin..

Assalamualaikum.. 

furrrrr furrrrr.. dah kenapa dah kenapa?? hah tengok lah, dah berhabuk sangat dah blog den nie.. adeyh, sekarang jam menunjukkan pukol 5:00 pagi.. hah terasa kesejukan di pagi hari.. actually, baru jerk siap buat kerja sekolah, almaklumlah cuti sekolah seminggu kan.. (ceyh, padahal bukan aku yang cuti)..

hah tersangat lah bz nya p0wn, so memang tidak menjengah langsung ke arah blog tercinta.. kerinduan sudah.. harap maaf.. menaip di subuh hari memang keluar sumer bahasa pelik kot.. haha.. so far, tiada apa yang menarik.. cuma cuma dan cuma kehidupan bertambah sibuk.. memandangkan cuti yang banyak sangat dorang bagi untuk sem ni, so makin banyak lah benda yang kena buat dengan pantas dan laju nya.. 





gambar hiasan semata-mata


teringat kata seseorang "NAK JADI LUAR BIASA MEMANG BANYAK YANG PERLU DITEMPUHI".. so memang betul lah p0wn kan.. so fight for your life.. think positive and trust yourself.. cukuplah sampai disini sahaja ye.. hehe.. 

nota terajang : tiada siapa yang boleh mengubah diri anda selain anda sendiri.. yeah kamu mampu mengubahnya.. :))

Sunday 17 February 2013

gula-gula kapas..

Assalamualaikum

hari ini merupakan hari Ahad.. dan saya tidak pon keluar dari kawasan rumah.. macam xpercaya.. tapi sila lah percaya.. hehe.. 17 februari dah p0wn.. so so so xlama lagi kita akan memasuki ke sekolah semula.. jika menyoalkan mengenai keputusan pada peperiksaan lalu, sila lupakan sahaja kerana ianya amat teruk bagi saya.. so jangan main2 lagi.. 

ok dah.. mei citer satu topik best.. taw x pasal GULA-GULA KAPAS.. hah mesti lah taw kan?? sape yg penah makan?? sila angkat tangan.. ok me xnampak.. haha.. mengarut jerk kan petang2 nie.. haha.. okay first time aku makan gula2 kapas time jadi budak2 sekolah agaknya.. dulu kan time budak2 sekolah balik jerk sekolah, ada makcik duk jual jajan2 kat hujung jalan.. so aku p0wn p lah beli.. salah satunya ada lah gula2 kapas.. masa tu murah lagi.. RM 0.20 - RM 0.50 bergantung kepada size lau xsilap aku lah.. pastu kat gula-gula kapas 2 ada calong aiskrim.. 


ntah lah.. tiba-tiba rasa gula-gula kapas ni macam sweet pulak.. pastu sekarang nie dah ada macam-macam kaler.. hah lagi lah sweet.. kehkehkeh.. rasa dia cam manis-manis.. pastu bila letak kat lidah, dia cam meresap gitu.. alahai, sape yang belom cuba 2, cuba lah oke.. hehehe.. tapi jangan galakkan budak-budak terlalu kerap makan benda nie.. sebab xelok sangat.. sebab gula-gula kapas nie manis..

haish tiba-tiba jerk rasa nak makan gula-gula kapas nie.. tapi jarang sangat nk jumpa orang yang buat gula-gula kapas depan kita.. lau cam dulu, ada lah jugak.. sekarang ni aku rasa gula-gula kapas yang paling senang nk jumpa p0n kat petronas tu hah.. hehe.. 



aloloh tomelnya lah kan.. agak2 lau gula kapas cm kat atas nie, ada hati tak nk makan?? lau aku, sayangnya nk makan.. tapi kalau xmakan, kang bersemut lah pulak kan.. haha.. tapi chumell sangat kalau cam nie betul2 wujud.. hahaha.. gedik pulak.. 

nota terajang: zaman sekolah and zaman budak kecik adalah zaman yang paling syiokkkk.. :))

Thursday 7 February 2013

the end of SHN..

Assalamualaikum.. 

berakhirlah sudah cerita SHN.. apa SHN 2?? haha mula2 aku p0wn xtaw.. yelah, disebabkan aku nie lembab sikit dari orang lain, so otak lagi p0wn pending dye lama.. haha.. apa p0wn xboleh lah.. SHN itu bermaksud Setia Hujung Nyawa.. alah, slot akasia yg dekat tv3 tu.. dah p0wn habis tadi.. 


so so so the ending of the story, confirm lah bahagia kan?? hehe.. mula2 kan aku langsung xtengok p0wn cter nie.. sebab apa erk.. sebab time 2 bz dengan kelas dan segala macam benda lah.. tb dekat rumah sewa p0wn memang jarang sangat bukak.. start hari aku balik studyweek kowt time 2.. my sis duk ngadap cter nie.. episod first yang aku tgk time 2 ersalina tengah syiok kt iqram.. haha.. 

and sebagaimana yang korunk sume taw, cter nie p0wn diadaptasikan dari novel.. sama jerk lah cam citer gemersik kalbu kt tv3 dulu and trilogi cinta kt tv1.. pada kebiasaannya, baca novel lagi seronok dari tengok cerita.. so untuk cerita nie, aku p0wn xtaw lah kn sebab novel SHN aku xjumpa lagi.. haha..


tapi kan.. dalam banyak2 part, part nie lah yang paling aku suka.. hehe.. pastu kan td ending 2 ok lah, cuma aku cam xpuas ati sebab xdapat taw, apa yang sebenarnya hadi buat dekat si zehra.. pastu video apa pulak yang iqram bg kt zain, pastu zain bg kt mummy dye tu.. aghhh xpayah pk lah, cter p0wn dah habis kan.. hehe.. 

tapi yang xpuas ati sangat tu, eh2 ada lagi ke.. haha.. zain p0wn ada kisah silam dengan pempuan yg dekat resort tu.. haish xsangka betui lah.. yela, dia bukan main marah lagi dekat ersalina.. tapi dah akhir2 baru lah cter ni tunjuk yg dulu zain p0wn ada buat salah jugak.. dunia dunia.. 



nota terajang: kalau kita berkahwin dengan bujang, belum tentu teruna nya.. tapi jika berkahwin dengan duda, sudah sah dudanya.. :))

Tuesday 5 February 2013

salahkah menjadi janda??

Assalamualaikum.. 

sedang aku menaip..  rintik-rintik hujan masih lagi berterusan di luar rumah.. panasnya cuma di pagi hari..  kemudian, hujan yang turun menemani bumi johor.. eh sekarang nie kita dekat tempat apa nie?? enaf is enaf, xperlu dan bermadah helah sangat ye wahai minah..  hahaha.. 

okay, back to the topic..  tengok sikit jeling sikit..  SALAHKAH MENJADI JANDA??  actually, aku tertarik tengok masalah ni dibincangkan dekat wanita hari ini pukul 12 tengah hari tadi..  sebagaimana yang kita semua tahu, janda itu terbahagi kepada dua iaitu isteri yang kematian suami dan isteri yang ditinggalkan oleh suami.. 

terlalu banyak yang negatif melalui persepsi masyarakat kita melihat diri seseorang itu sebagai janda.. antaranya "Patutlah jadi janda, perangai dia p0wn xelok, dah la pemalas, jaga anak p0wn xnk", "Dia tu memang patut p0wn jadi janda, xpandai jaga suami"kalau diikutkan banyak sangat pandangan negatif terhadap seorang janda.. kenapa dan mengapa?? pernahkah anda meletakkan diri anda di tempat seorang janda?? itu persoalannya.. 

pada pandangan aku, menjadi janda itu tidak salah.. kerana segala yang terjadi adalah ketentuan dari Tuhan..  jika difikirkan, ada ke manusia yang berkahwin untuk bercerai??   jika manusia itu mengejar harta seseorang, mungkin jawapannya adalah YA.. tetapi seseorang yang begitu ikhlas menerima pasangannya sebagai suami tidak mungkin menginginkan perpisahan dalam perkahwinan.. 

menjadi seorang janda bukanlah mudah..  kerana kita perlu kuat dan punya keberanian berdepan dengan masyarakat sekeliling..   ianya juga pasti lagi memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan kita jika kita juga memiliki anak pada ketika itu..  status janda terus menerus meletakkan diri kita sebagai ibu tunggal yang perlu memikul tanggungjawab untuk mendidik dan membesarkan anak..  justeru itu, kita harus bangun dari masa lalu dan mulakan kehidupan yang baru..


 "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, 'Rabb kami ialah Allah; kemudian mereka bersikap itiqamah, maka akan turun malaikat kepada mereka (dengan mengatakan), "Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih, dan bergembiralah kamu dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu. " (Fushshilat:30)

apakah tindakan yang perlu bagi seorang janda lakukan bagi mengelakkan sebarang cemuhan ataupun dipandang rendah dalam masyarakat sekeliling?? 
  1. menjadi seorang yang kuat dari luaran dan dalaman
  2. mencari perlindungan dengan cara yang betul
  3. mengetahui cara bergaul dan membawa diri  apabila berdepan dengan masyarakat
  4. tidak mengambil peduli dengan kata2 serong dari masyarakat
  5. meneruskan kehidupan dengan lebih baik
nota terajang: jangan memandang rendah terhadap status seseorang.. :))


Saturday 2 February 2013

jengjengjeng..

Assalamualaikum..

hey dah masuk februari kew?? haha sedar xsedar dah p0wn 3 haribulan 2 tahun 2013.. bila tengok tarikh teringat lagi aku silap tulis tahun time jawab exam ari 2.. hampagas betui.. tu lah nampak sangat careless.. opps.. bila teringat pasal tarikh, teringat exam.. bila teringat exam, teringat pulak pasal result cane.. ok siyes sangat seram.. ntah lah.. xtaw lah kn.. ok dah xtaw, senyap jerk.. haha..

setelah berminggu-minggu duduk di kampung halaman dengan cuaca yg panas terik, Alhamdulillah hari ni hujan turun dengan lebatnya.. rasanya merata hujan kt johor hari ni.. syiokkk nie dapat tarik selimut lagi.. dah lah bangun lambat.. rasa nk tdow lagi memang xkowt.. haha.. 

oke oke oke.. enaf is enaf.. hari nie hari minggu kn?? hari ahad kn?? tp plan nk kuar memang xde.. td jerk duk ikut family sat.. pas2 duduk jerk lah rumah.. kang kang kang, lau kuar, duit kuar.. kan kan?? haha.. so duduk rumah jerk lah yer arini.. lagipown semalam dah kuar cuci mata kt kedai buku.. dah hasilnya adalah.. jengjengjeng.. 



kenapakah begitu?? adakah 2 pakej untuk dua novel?? haha.. bukan p0wn.. semalam kan hari sabtu.. kebetulan pulak lupa.. kebetulan pulak memang malas nk bawak beg bagai.. so so so sila pegang begitu sahaja kerana tiada beg plastik.. sekian terima kasih.. hahaha ngek.. 

disebabkan xde novel setia hujung nyawa 2, so beli novel lain.. haha.. adeyh.. nampak x tajuk 2?? nampak x nampak x?? eh xpayah gedik sangat eyh nk cakap sedemikian rupa.. ok meyh kiter tengok tajuk dye.. lalala.. 




sila abaikan background tu eyh.. almaklum den xde smart phone bagai 2.. hahaha.. sabor jela kn.. ok cukuplah berbelanja novel untuk bulan ini.. untuk bulan depan, kiter tengok pulak novel apa yang jadi pilihan hati.. ceyh konon.. haha.. 

nota terajang : congrate to all yg dapat sambung study.. yang xdapat 2, jgn putus asa.. teruskan usaha anda okeyh.. :))