Followers

Saturday 5 October 2013

ceritera semalam..

Assalamualaikum w.b.t.

menjelang pukol 1 pagi dan ke atas.. aktiviti kita pada hari ini adalah menaip ceritera semalam.. yang tu nanti lah cerita.. hari ni punyer cerita adalah apabila kerajinan melakukan kerja-kerja sekolah dan terputusnya bekalan elektrikkkk.. sabor jela den nie.. dan apabila terputusnya bekalan elektrik, mood untuk melakukan segala kerja-kerja sekolah terbantut.. haha.. even dah ada elektik dari pukol 11 lebeyh tadi, aku still belum start buat kerja sekolah yang sangat melambak.. 

ok dah, mari kita ceritera semalam pulak.. setelah mendengar cerita-cerita dari orang lain bahawa terdapatnya funfair di kawasan bandaraya.. bandaraya lah sangat.. haha.. so dengan gegehnya aku dengan kawan2 yang baik hati telah pergi ke tempat kejadian.. hah tengok lah bahasa aku, dah macam apa.. ok meyh tengok gambar pulak.. 



hah amik tu.. nampak tak betapa gembira dan bahagianya kami ber'empat' apabila sampai ke tempat kanak-kanak sebegini.. setelah membayar harga tiket, so jom main apa yang ada.. haha.. ke'jakun'an sangat membuak-buak tatkala ini.. haha.. 


tengok jangan xtengok.. besar kan?? tapi kiterorg xnaik pon.. orang-orang kapel best lah kot naik benda cam ni.. tapi member aku cakap syiok lah naik benda ni, bole tengok kawasan.. tapi bila dah sampai rumah, aku lak terpikir, best jugak kalau naik.. ish.. manusia manusia.. 


hah yang ni pulak top gun.. seronok tahap gaban aku rasa kalau naik benda alah nie.. tapi memandangkan aku dah pening2 lalat.. so cancel lah naik benda nie.. lagipun aku dah penah naik benda alah ni kat tempat lain.. hehe.. dan memandangkan kawan-kawan semua xmo naik, so memang cancel lah.. xfeel lah lau tarak member.. 


yang ni challenger.. yang nie pun best jugak kot sebab dye naik ramai2.. tapi rasa- rasa selepas tengok dan belek-belek cara permainan dia, aku rasa pening kot kalau naik.. haha.. so ni pon cancel.. lau aku pergi lagi, aku naik rasanya.. haha.. perangai macam budak-budak.. yelah time aku budak-budak, parent aku xbawak pergi tempat cam nie.. bahaya katanya.. 


buaian senget.. haha.. yang ni aku naik sebab xpuas main kat genting dulu-dulu.. so main lah kat sini,, tapi yang ni aku main sorang jerk.. seronok pusing-pusing sampai pening.. haha.. before main nie, kiterorg main rollercoaster.. tapi sayangnya sebab excited, so no picture okeyh.. hehe.. 


dan last sekali.. yang paling extreme dan sangat menakutkan adalah permainan vortex nie.. perghhh rasa seram giler.. mana tak nya.. 8 orang jerk duk main benda alah ni dalam satu game.. bila orang kat bawah nk naik.. orang kt atas tu dah tunggu.. seram ok.. rasa nk tercabut jantung tengok orang lain main.. aku?? belum ada keberanian lagi nak main benda alah nie.. haha.. tengok pun jadi lah..

so so dan so.. ni jela kot ceritera semalam.. time balik nak pi bungkus makanan, jalan sangat lapang okeyh.. haha.. bagus jugak lah taman permainan yang cam ni ada kat tempat den.. so adalah jugak tempat nak pegi dari wayang, karaoke dan bowling.. ok dah lah, nk kena siapkan report.. see u soon.. hehe.. 

nota terajang :  seronok seronok jugak.. tapi ingat teruskan fokus dengan segala kerja.. kbye.. 

No comments:

Post a Comment