Followers

Tuesday 31 December 2013

ceritera 2013..

Assalamualaikum.. 

tiada kata secantik bahasa.. ceyh konon.. setelah beberapa lama mendiamkan diri, hari ni baru rasa nak menaip dekat blog kesayangan ni.. kesian dia kena tinggal lelama.. hehe.. 1.1.2014.. selamat tahun baru awak awak dan awak.. 

meyh lah nak share ceritera 2013 yang dah pun berlalu tadi.. terlalu banyak moment yang indah lagi berseri-seri macam bunga api kat luar sana tu.. actually, tahun baru memang aku diajar untuk memerap di rumah.. kalau tahun-tahun lepas duk tengok bunga api dekat tv, dekat depan rumah, so bila dah ada kat rumah sewa, xdengar n xnampak apa-apa pun.. 


first of all, mega mawlid 2013.. ni adalah event yang paling xboleh lupa.. Alhamdulillah, aku diberikan peluang untuk menghadiri majlis-majlis seperti ini.. insyaAllah esok akan menghadiri majlis Malam Cinta Rasul yang akan diadakah di Johor Bahru.. 


next, trip melaka bersama kawan-kawan intersesi.. thankz all for the moment.. even hanya 2 hari 1 malam, bukan mudah untuk kita berkumpul bersama-sama seperti ini.. setelah beberapa lama, aku tidak ke mana-mana, rasa syiok pulak.. hehe.. 


seterusnya adalah raya.. hahaha.. part raya paling aku suka lah.. dah macam budak-budak jerk kan.. yelah.. kan belum kerja, so so so duit raya masih ada.. hehe.. tengok gambar atas tu.. tu adalah duit raya terkumpul untuk raya tahun 2013.. hehe.. dan geng-geng raya seperti biasa konvoi beramai-ramai dan last nya tersadai adalah makan-makan selain kuih raya.. haha..


bufday time.. haha.. ni paling syiok sebab dapat dua kek dalam bulan yang sama.. haha.. thankz family and 3 orang kawan yang telah menyambut bufday saya bersama kek tersebut.. hehe.. kelakar sangat, last2 jenjalan kat dataran segamat setelah setahun lebeyh dekat sini.. hehe..  terima kasih jugak untuk doa-doa dari semua kenalan.. 

akhir kata, selamat tahun baru awak awak semua.. semoga tahun baru ini memberikan kita banyak kebaikan, banyak keberkatan, dan banyak perubahan ke arah yang lebih baik.. sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu datang dari kita sendiri.. apabila masuk tahun baru, maka berubah lah satu lagi tangga umur kita, dan sentiasa ingatlah bahawa ajal itu akan tiba pada bila-bila masa sahaja.. persoalannya bersediakah kita??

selamat tinggal 2013, terlalu banyak kenangan pahit dan manis.. terima kasih Ya Allah kerana masih meminjamkan aku nafas di bumi ini.. terima kasih ibu dan ayah untuk segala jasa-jasa dan pergorbanan kamu selama ini.. terima kasih keluarga yang sentiasa ada di susah dan senangku.. terima kasih kawan-kawan atas persahabatan yang amat bernilai.. terima kasih semua..