Followers

Friday 14 February 2014

Alhamdulillah..

Assalamualaikum w.b.t.

tarikh 14 februari 2014.. aku menaip lagi.. kali ini berkenaan dengan result.. haha formal lah sangat taip cam tuh.. ok kemon.. meyh mengepoh meyh.. hari ni result keluar.. aku?? still duduk elok2.. menikmati hari seperti biasa.. cuak ke tidak?? of course lah der mestilah cuak tapi kenalah sempoi.. iya dop?? haha..

banyak sangat status update dekat facebook, dekat moment wechat, dekat mana-mana lah.. yelah sekarang kan banyak sangat media sosial kan.. so aku memilih untuk bercerita di blog kesayangan.. result aku?? Alhamdulillah, hanya itu yang mampu aku katakan.. target untuk sem ini sejujurnya aku katakan aku tidak lepas, tapi syukur yang teramat sangat aku lulus semua subjek.. 


nah tudiaq tudiaq.. hehe.. Alhamdulillah.. terima kasih Tuhan.. hanya Dia yang mengetahui dan Dia memberi apa yang terbaik untuk kita.. Alhamudulillah again and again.. tahniah tahniah dan tahniah kepada sesiapa yang mendapat dekan dan tahniah juga kepada yang dapat result yang gempak pak pak pak.. 

kepada sesiapa yang resultnya kureng memuaskan.. teruskan usaha anda.. kegagalan hari ini bukanlah bermakna kegagalan untuk selama-lamanya.. doa + usaha + tawakal.. insyaAllah dipermudahkan jalan untuk kita semua.. Amin.. result apa pun yang anda dapat pada hari ini, bangkitkan kembali semangat anda.. tidak mengapa jika kita tidak berjaya pada hari ini.. asalkan segala usaha dan penat lelah anda adalah dari hasil usaha anda sendiri.. bukannya dari meniru buku, bukan dari meniru orang lain, bukan dari meniru point-point dari smartphone anda yang hebat-hebat belaka.. 

nota terajang:  motivate diri anda untuk berjaya seperti orang lain.. usaha di tangan anda, dan bukannya di tangan orang lain.. sekian.. :))

Tuesday 4 February 2014

kawan @ sahabat

Assalamualaikum w.b.t

ehem ehem.. sakit tekak pulak pagi ni nak memulakan bicara.. 5 februari 2014 sudah.. masa semakin singkat untuk kita semua.. hari hari berlalu dengan pantasnya.. semoga kita berada di dalam kalangan orang yang baik-baik.. insyaAllah Amin.. 

so topik kita pada kali ini adalah mengenai kawan @ sahabat.. ataupun omputih cakap sebagai friend.. haha.. so xkisahlah ape pun, ianya tetap membawa maksud yang sama.. ada orang cakap kawan dan sahabat ni berbeza.. tapi bagi aku dua-dua tetap sama.. and ada jugak org yang meng'kategori'kan best friend forever (BFF).. hehe..

sekali lagi aku ckap, xkisah lah apa pun dia, maksud dia adalah sama.. dan kita sebagai seorang sahabat ataupun kawan kepada orang lain perlulah pandai mencorakkan hubungan yang telah dibina antara kita sesama manusia.. bagi aku, nilai disebalik persabatan tidak dapat dinilaikan dengan apa-apa pun.. kerana ianya terlalu berharga.. untuk aku lah kan, sekali aku berkawan dengan orang tu, sampai bila-bila aku tetap anggap dia sebagai kawan..

lagi satu niat awak awak semua untuk berkawan.. apa pun yang kita buat, perlulah perbetulkan niat asal.. percaya x kalau aku cakap zaman sekarang ni masih ada ramai lagi orang yang still berkawan dengan orang lain atas sebab-sebab tertentu?  benda ni normal dah bagi aku, sebab apa aku cakap macam tu.. sebab sampai sekarang aku masih lagi nampak ada jerk orang yang berkawan disebabkan oleh orang tu boleh tolong dia.. ada lagi sebab kawan dengan orang tu sebab dia kaya, sebab dia boleh buatkan assignment kau.. hah macam-macam kan..

definisi seorang kawan ada pada anda sendiri.. memanglah ada jerk dalam kamus, tapi macam mana layanan anda terhadap seorang kawan anda, bagaimanakah anda menjaga perhubungan anda bersama dengan seorang kawan, dan sebagainya.. segala-galanya terpulang pada diri anda sendiri.. 

nota terajang :  hargailah rakan-rakan anda, kerana tanpa mereka belum tentu anda berada di posisi anda sekarang ini.. sekian..