Followers

Saturday 2 November 2013

zoomanji in the house..

Assalamualaikum w.b.t.
'
sedang mood yang sangat baik dan cuaca yang baik.. baiklah kita merajinkan tangan untuk menghapdate lagi entry baru.. ok citer ni dah agak lama jugak lah kan.. dalam seminggu.. so rasa lama ke tak lama?? haha.. ok dah, back to the title.. 'zoomanji in the house'.. nak dijadikan cerita, kelab sudoku telah mengadakan teambuilding yang telah dijalankan di Zoo Melaka.. yeayyyyy.. part-part haiwan memang aku sangat suka dan teruja.. 


hah amikkkkk budak gemuk di depan zoo.. zoo bukak pukul 9.00 pagi, tapi pukul 8.30 pagi kiter orang dah sampai.. so apa lagi.. sesi fotografi tergedik-gedik lah kat depan zoo.. haha.. so so so.. lepas je zoo bukak, kiter orang terus masuk.. ada briefing sikit.. lepas tu, terus je start activiti.. 

antara aktiviti yang telah dijalankan adalah mencari bola pingpong dalam tahi gajah, meneka mata binatang dengan betul, mencari duit syiling 20sen di dalam bekas yang berisi katak, menyelesaikan puzzle dan sebagainya.. disebabkan aku fasilitator, so aku just standby kat checkpoint jerk.. so pagi-pagi lagi aku dah mengadap gajah yang hensem lagi menawan.. haha.. 


hah tengok betul-betul, best kan aktiviti yang dijalankan ni.. so tatap lah gambar ni, takut-takut ada awak-awak semua dalam ni.. haha.. kat sini aku nak bagitahu jugak teambuilding tu hape.. sebab bila aku cakap pasal teambuilding, ramai sangat tanya, "teambuilding tu hape benda?".. huhuk.. so teambuilding ni lebih kurang macam explorace lah.. berlari-lari tuk completekan segala task yang diberikan di checkpoint.. 

aktiviti ini telah dijalankan pada pukul 10.00 pagi sehingga lebih kurang pukul 3.00 petang.. dan paling best sekali.. as fasilitator, mestilah kita duk suka gelakkan orang sana sini kan?? tapi tapi dan tapi.. time majlis penutup, dorang dorang dan dorang boleh lah pulak suruh kiter orang buat dua aktiviti yang sangat menyeramkan.. aktivitinya adalah mencari duit syiling 20sen dalam bekas yang ada katak.. wuuuuuuuu.. dan dan dan minum telur mentah yang bercampur dengan cincau.. oh maiiii.. nak jerit pun mestilah takkan terkeluar suara.. so buat jelah.. redha katanya.. haha.. 


ini adalah antara muka-muka yang sangat kebal dan mantap yang telah berjaya melaksanakan segala task-task yang diberikan.. opps lupa.. dorang jugak terpaksa pegang ular selama 30saat if i not mistaken.. so so so congratulation awak orang.. and thankz so much kerana telah bersama-sama join kiter orang tuk aktiviti ini.. and insyaAllah akan ada banyak lagi event selepas ni.. 


congratulation jugak untuk commitee member yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan event ini.. segala penat dan lelah anda telah berhasil.. yeahhhhh.. dan yeahhhhh settle satu aktiviti dan boleh fokus untuk aktiviti yang seterusnya.. hehehe.. 

nota terajang: kalau xtry, kita xtahu kita boleh buat ke tidak kan.. so just do it!!

Friday 1 November 2013

kursus pra perkahwinan..

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah.. sampai jugak dekat rumah tercinta.. disebabkan terlalu excited nak balik rumah, sebelum pergi kelas pagi tadi, aku dah siap-siap kemas dan masukkan semua barang dalam 'en tenggiling' kesayangan.. haha.. dari tadi duk tenung blog ni.. nak taip ke tak nak?? nak tulis ke tak nak?? nak update ke tak nak?? haha.. sebab aku bukannya jenis penulis tegar.. oleh sebab kebizian yang teramat sangat, menaip pun jadi malas nanti.. 

so entry ini adalah berkenaan KURSUS PRA PERKAHWINAN.. so menarik kan?? bila kita pergi jerk kursus kawin, ramai yang akan tanya, "eh bila nak kawin?", "dapat orang mana?".. haha.. biasa lah lumrah kehidupan.. pada kebiasaannya orang yang pergi kursus kahwin ni, orang yang dah bersedia untuk memasuki alam rumahtangga.. tapi pada aku, "tidak salah sekiranya kita ingin menghadiri majlis ilmu".. 


sila menatap muka depan buku di atas.. 'negeri johor'.. iye, aku anak jati johor.. haha.. memang xpernah terpikir nak pergi kursus kahwin awal-awal.. tapi memandangkan kursus kahwin ni dijalankan di 'sekolah', so so so ada baiknya aku join.. sebab after tamat sekolah, mesti dah start bizi dengan kerja, nanti terpaksa curik-curik masa pulak.. 


ini adalah finalis-finalis yang akan berkahwin.. haha.. ayat xley blah.. sebelum pergi kursus kahwin, so jom bergambar.. ni adalah perkara yang dimestikan sejak dua menjak ni.. haha.. nie sumer housemate yang join sekali program kursus kahwin.. hehe.. so seperti biasa perkara yang ditunggu-tunggu adalah bab munakahat.. haha.. 


itu dia.. itu dia.. macam best jerk.. macam best jerk.. haha.. time nie mata semua orang sangatlah besar.. dan muka semua orang adalah sangat berseri-seri.. haha.. biasalah budak sekolah memang macam ni.. haha.. sabor jela perangai.. banyak slot yang ada dalam program kursu kahwin ni selain dari bab munakahat.. antara slot yang terlibat adalah mengenai tanggungjawab, kesihatan, pengetahuan dan sebagainya.. Alhamdulillah kursus yang diadakan selama dua hari berjalan dengan lancar.. hehe.. 


dan sememangnya ramai yang mengatakan setelah menghadiri kursus kahwin, anda boleh bernikah.. tetapi pada aku ilmu yang kita dapat semasa pengajaran tersebut adalah sangat penting.. dan tidak salah sekiranya anda mahu menghadirinya untuk kali kedua.. hehe.. so time aku datang kursus kahwin ni jugak, dorang ada bagitahu yang borang nikah semua dah boleh download dekat internet jerk.. hehe.. so xperlu lah nak datang ke pejabat agama.. sekian.. 

nota terajang : perkara yang paling baik dilakukan di dunia adalah sering mengikuti ataupun meghadiri majlis-majlis ilmu..