Followers

Friday 1 November 2013

kursus pra perkahwinan..

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah.. sampai jugak dekat rumah tercinta.. disebabkan terlalu excited nak balik rumah, sebelum pergi kelas pagi tadi, aku dah siap-siap kemas dan masukkan semua barang dalam 'en tenggiling' kesayangan.. haha.. dari tadi duk tenung blog ni.. nak taip ke tak nak?? nak tulis ke tak nak?? nak update ke tak nak?? haha.. sebab aku bukannya jenis penulis tegar.. oleh sebab kebizian yang teramat sangat, menaip pun jadi malas nanti.. 

so entry ini adalah berkenaan KURSUS PRA PERKAHWINAN.. so menarik kan?? bila kita pergi jerk kursus kawin, ramai yang akan tanya, "eh bila nak kawin?", "dapat orang mana?".. haha.. biasa lah lumrah kehidupan.. pada kebiasaannya orang yang pergi kursus kahwin ni, orang yang dah bersedia untuk memasuki alam rumahtangga.. tapi pada aku, "tidak salah sekiranya kita ingin menghadiri majlis ilmu".. 


sila menatap muka depan buku di atas.. 'negeri johor'.. iye, aku anak jati johor.. haha.. memang xpernah terpikir nak pergi kursus kahwin awal-awal.. tapi memandangkan kursus kahwin ni dijalankan di 'sekolah', so so so ada baiknya aku join.. sebab after tamat sekolah, mesti dah start bizi dengan kerja, nanti terpaksa curik-curik masa pulak.. 


ini adalah finalis-finalis yang akan berkahwin.. haha.. ayat xley blah.. sebelum pergi kursus kahwin, so jom bergambar.. ni adalah perkara yang dimestikan sejak dua menjak ni.. haha.. nie sumer housemate yang join sekali program kursus kahwin.. hehe.. so seperti biasa perkara yang ditunggu-tunggu adalah bab munakahat.. haha.. 


itu dia.. itu dia.. macam best jerk.. macam best jerk.. haha.. time nie mata semua orang sangatlah besar.. dan muka semua orang adalah sangat berseri-seri.. haha.. biasalah budak sekolah memang macam ni.. haha.. sabor jela perangai.. banyak slot yang ada dalam program kursu kahwin ni selain dari bab munakahat.. antara slot yang terlibat adalah mengenai tanggungjawab, kesihatan, pengetahuan dan sebagainya.. Alhamdulillah kursus yang diadakan selama dua hari berjalan dengan lancar.. hehe.. 


dan sememangnya ramai yang mengatakan setelah menghadiri kursus kahwin, anda boleh bernikah.. tetapi pada aku ilmu yang kita dapat semasa pengajaran tersebut adalah sangat penting.. dan tidak salah sekiranya anda mahu menghadirinya untuk kali kedua.. hehe.. so time aku datang kursus kahwin ni jugak, dorang ada bagitahu yang borang nikah semua dah boleh download dekat internet jerk.. hehe.. so xperlu lah nak datang ke pejabat agama.. sekian.. 

nota terajang : perkara yang paling baik dilakukan di dunia adalah sering mengikuti ataupun meghadiri majlis-majlis ilmu.. 

No comments:

Post a Comment