Followers

Thursday, 3 April 2014

jenjalannnnnn

Assalamualaikum w.b.t.

lama sangat tak menaip.. kebizian yang sangat dasyat sedang berlaku.. haha.. hari0hari duk berkejar ke sana ke sini.. ni pun aku baru jerk terjaga dari tidow.. konon2 semalam nak tidow sejam jerk, tapi bila nak bangun memang xlarat giler.. so pukul 4pg terjaga, terus lah bangun.. kang tidow lagi, ntah pukul bape pulak aku bangun.. haishhhh.. 

maafkan saya en blog sebab meninggalkan awak lama sangat.. dekat sebulan lebeyh kot xupdate.. huhuk.. ok memang tiada kesempatan.. huhuk.. ok dah meyh lah duk citer benda yang hade gambar.. so seronok sikit lah kan.. haha.. ok kali ni part paling best adalah jenjalan.. haha.. xjauh mana pun, kiterorg just g melaka jerk.. xkisahlah mana pun, janji dapat jenjalan kan.. haha.. 


orang2 yang berkenaan.. haha.. ok dari kiri, zana, nona, joyah, amy.. so berempat jerk kiterorang pergi.. haha.. dorang ni adalah kawan2 skolah aku.. so bila dah jumpa, macam2 cerita lah keluar kan.. sebab sebab sorang jerk yang dah keje, yang lain masih lagi sekolah, so nak lepak selalu memang xde masa.. so masa-masa cam ni lah masa untuk bergosip mak jemah.. kahkahkah.. 


eh eh sape ni erk?? haha over kan gambar ni.. ok time ni tengah siap2 nak keluar p tengok binatang.. haha.. sabor jela perangai kan nak berselfie bagai.. ok sebenarnya kiterorg g AFAMOSA tempat memandi tuh.. haha.. sangat penat lah oke.. sebab nk mandi and nk g main tu kena pepanjat kan.. apatah lagi orang cam aku yang bermuatan besar ni.. haha.. 


ok lah ni tempat yang kiterorg lepak.. sangat besar oke.. lau bawak family pun sangat luas lagi.. haha.. belakang tu hall dia.. besar kan.. tapi kat sini dye kira per peson, lau family xtaw lah dye bagi bilik yang mana kan.. hehe.. kat sini kiterorang dapat dengan pakej, so lepas waterpark, malam tu kiterorg g tengok cowboy town, and esoknya g tengok2 binatang.. hehe.. haha ok lah, sampai sini jela okeyh.. pape nanti aku update lagi berjela-jela okeyh.. hehehe.. insyaAllah.. 

nota terajang: hargailah setiap insan yang pernah hadir dalam kehidupan anda.. :)


Friday, 14 February 2014

Alhamdulillah..

Assalamualaikum w.b.t.

tarikh 14 februari 2014.. aku menaip lagi.. kali ini berkenaan dengan result.. haha formal lah sangat taip cam tuh.. ok kemon.. meyh mengepoh meyh.. hari ni result keluar.. aku?? still duduk elok2.. menikmati hari seperti biasa.. cuak ke tidak?? of course lah der mestilah cuak tapi kenalah sempoi.. iya dop?? haha..

banyak sangat status update dekat facebook, dekat moment wechat, dekat mana-mana lah.. yelah sekarang kan banyak sangat media sosial kan.. so aku memilih untuk bercerita di blog kesayangan.. result aku?? Alhamdulillah, hanya itu yang mampu aku katakan.. target untuk sem ini sejujurnya aku katakan aku tidak lepas, tapi syukur yang teramat sangat aku lulus semua subjek.. 


nah tudiaq tudiaq.. hehe.. Alhamdulillah.. terima kasih Tuhan.. hanya Dia yang mengetahui dan Dia memberi apa yang terbaik untuk kita.. Alhamudulillah again and again.. tahniah tahniah dan tahniah kepada sesiapa yang mendapat dekan dan tahniah juga kepada yang dapat result yang gempak pak pak pak.. 

kepada sesiapa yang resultnya kureng memuaskan.. teruskan usaha anda.. kegagalan hari ini bukanlah bermakna kegagalan untuk selama-lamanya.. doa + usaha + tawakal.. insyaAllah dipermudahkan jalan untuk kita semua.. Amin.. result apa pun yang anda dapat pada hari ini, bangkitkan kembali semangat anda.. tidak mengapa jika kita tidak berjaya pada hari ini.. asalkan segala usaha dan penat lelah anda adalah dari hasil usaha anda sendiri.. bukannya dari meniru buku, bukan dari meniru orang lain, bukan dari meniru point-point dari smartphone anda yang hebat-hebat belaka.. 

nota terajang:  motivate diri anda untuk berjaya seperti orang lain.. usaha di tangan anda, dan bukannya di tangan orang lain.. sekian.. :))

Tuesday, 4 February 2014

kawan @ sahabat

Assalamualaikum w.b.t

ehem ehem.. sakit tekak pulak pagi ni nak memulakan bicara.. 5 februari 2014 sudah.. masa semakin singkat untuk kita semua.. hari hari berlalu dengan pantasnya.. semoga kita berada di dalam kalangan orang yang baik-baik.. insyaAllah Amin.. 

so topik kita pada kali ini adalah mengenai kawan @ sahabat.. ataupun omputih cakap sebagai friend.. haha.. so xkisahlah ape pun, ianya tetap membawa maksud yang sama.. ada orang cakap kawan dan sahabat ni berbeza.. tapi bagi aku dua-dua tetap sama.. and ada jugak org yang meng'kategori'kan best friend forever (BFF).. hehe..

sekali lagi aku ckap, xkisah lah apa pun dia, maksud dia adalah sama.. dan kita sebagai seorang sahabat ataupun kawan kepada orang lain perlulah pandai mencorakkan hubungan yang telah dibina antara kita sesama manusia.. bagi aku, nilai disebalik persabatan tidak dapat dinilaikan dengan apa-apa pun.. kerana ianya terlalu berharga.. untuk aku lah kan, sekali aku berkawan dengan orang tu, sampai bila-bila aku tetap anggap dia sebagai kawan..

lagi satu niat awak awak semua untuk berkawan.. apa pun yang kita buat, perlulah perbetulkan niat asal.. percaya x kalau aku cakap zaman sekarang ni masih ada ramai lagi orang yang still berkawan dengan orang lain atas sebab-sebab tertentu?  benda ni normal dah bagi aku, sebab apa aku cakap macam tu.. sebab sampai sekarang aku masih lagi nampak ada jerk orang yang berkawan disebabkan oleh orang tu boleh tolong dia.. ada lagi sebab kawan dengan orang tu sebab dia kaya, sebab dia boleh buatkan assignment kau.. hah macam-macam kan..

definisi seorang kawan ada pada anda sendiri.. memanglah ada jerk dalam kamus, tapi macam mana layanan anda terhadap seorang kawan anda, bagaimanakah anda menjaga perhubungan anda bersama dengan seorang kawan, dan sebagainya.. segala-galanya terpulang pada diri anda sendiri.. 

nota terajang :  hargailah rakan-rakan anda, kerana tanpa mereka belum tentu anda berada di posisi anda sekarang ini.. sekian.. 


Wednesday, 29 January 2014

tamat sudah semester empat..

Assalamualaikum w.b.t

hey hey hey.. sekarang ni aku sedang menikmati cuti semester yang amat panjang.. haha.. panjang lah sangat.. ok lah tu kan dari kerja, nk cuti lagi lah payah kan.. haha.. so ape pun, Alhamdulillah.. so entry kali ni nak habaq sikit aktiviti apa yang aku dah sertai tok semester empat aku di kampus.. 

actually, xde lah banyak sgt aktiviti yang aku sertai.. sebab aku cam malas sikit nk bergaul.. kahkahkah.. yekew?? peliss lah percaya statement ni.. haha.. oke2 dah, pantang dapat taip, tadi bukan main konon2 bercita2 nk buat entri biarkan gambar berbicara katanya.. p last2 menaip jugak.. hehe.. 


nah, ni adalah merupakan hari pertama pada semester empat.. masing2 excited nak bergambar.. kejadian ini adalah kebiasaan sebab first day mesti lah xbelajar bro.. ok2 memperkenalkan dari kiri (belakang) joyah, tiqa, ummu.. dari kini (depan) fira, helwani, nani.. haha.. dorang ni classmate aku.. so sape2 berkenan, sila2 lah isi borang.. haha.. 


ok yang ni pulak.. memperkenalkan dari kiri, fatin, dd, ifa, bella, fira dan joyah again.. wajib lah kena ada gambar aku kan.. haha.. sabor jela.. dorang sumer housemate aku.. time ni kiterorang join program kursus pra perkahwinan..  feeling cam nak kawen dah kan.. 

actually saje2 jerk join terlanjur murah, gpun program ni buat kat kampus jerk.. so dekat dan mudah.. yela t time dah keje, leceyh nak amik cuti bagai kan.. dan lau diikutkan time aku join ni murah.. sebab maybe kat kampus kot.. lau kat luar harga lain.. p xtaw lah kan.. semalam aku borak2 ngn member aku, dia kata kat tempat dia sama jerk harga.. ke ikut negeri kot?? ntah lah.. haha..


hah yang ni pulak bukan aktiviti.. p board aku.. haha.. saje jerk buat kaler2 cam tu nak bagi mood datang kononnya.. tapi kalau dah malas, memang xkan jadik hape lah kan.. haha.. p serius xtipu, semester empat ni adalah mencabar tok aku.. macam2 kena hadap.. tapi apa pun semua tu dugaan dan ujian, bezanya cam mana kita jalani dugaan2 dan ujian2 itu.. iya dak?? haha konon.. so sentiasa bersangka baik.. 


hah oke.. yang ni pulak.. semuanya adalah housemate aku.. gambar2 ni aku amik time makang2 terakhir dengan dorang before masing2 cuti.. ok dalam rumah aku ada 3 kos yang berlainan yang kiterorg amik.. marketing, finance and account.. 

so utk joyah, ifa dan fira..  kiterorg still ada lg satu sem duduk serumah sebab sem depan ada lagi satu sem belajar.. maksud dye kat sini, satu sem still jadi housemate.. tok ijah pulak, dye dah nk start praktikal lepas ni.. untuk budak2 finance pulak, fira, dd, nedd dengan chot, dorang dah pun nak start praktikal dan lepas tu dorang tamat pengajian.. yeayyyy.. best kan?? haha.. and then, untuk atin, bella, biha dgn nisha.. dorang nk g praktikal, tapi after tu, dorang ada lagi satu sem belajar.. 

nota terajang: sekali kita berkawan, selama-lamanya aku tetap anggap korang kawan aku.. good luck kawan untuk ke stage seterusnya.. :))

Tuesday, 31 December 2013

ceritera 2013..

Assalamualaikum.. 

tiada kata secantik bahasa.. ceyh konon.. setelah beberapa lama mendiamkan diri, hari ni baru rasa nak menaip dekat blog kesayangan ni.. kesian dia kena tinggal lelama.. hehe.. 1.1.2014.. selamat tahun baru awak awak dan awak.. 

meyh lah nak share ceritera 2013 yang dah pun berlalu tadi.. terlalu banyak moment yang indah lagi berseri-seri macam bunga api kat luar sana tu.. actually, tahun baru memang aku diajar untuk memerap di rumah.. kalau tahun-tahun lepas duk tengok bunga api dekat tv, dekat depan rumah, so bila dah ada kat rumah sewa, xdengar n xnampak apa-apa pun.. 


first of all, mega mawlid 2013.. ni adalah event yang paling xboleh lupa.. Alhamdulillah, aku diberikan peluang untuk menghadiri majlis-majlis seperti ini.. insyaAllah esok akan menghadiri majlis Malam Cinta Rasul yang akan diadakah di Johor Bahru.. 


next, trip melaka bersama kawan-kawan intersesi.. thankz all for the moment.. even hanya 2 hari 1 malam, bukan mudah untuk kita berkumpul bersama-sama seperti ini.. setelah beberapa lama, aku tidak ke mana-mana, rasa syiok pulak.. hehe.. 


seterusnya adalah raya.. hahaha.. part raya paling aku suka lah.. dah macam budak-budak jerk kan.. yelah.. kan belum kerja, so so so duit raya masih ada.. hehe.. tengok gambar atas tu.. tu adalah duit raya terkumpul untuk raya tahun 2013.. hehe.. dan geng-geng raya seperti biasa konvoi beramai-ramai dan last nya tersadai adalah makan-makan selain kuih raya.. haha..


bufday time.. haha.. ni paling syiok sebab dapat dua kek dalam bulan yang sama.. haha.. thankz family and 3 orang kawan yang telah menyambut bufday saya bersama kek tersebut.. hehe.. kelakar sangat, last2 jenjalan kat dataran segamat setelah setahun lebeyh dekat sini.. hehe..  terima kasih jugak untuk doa-doa dari semua kenalan.. 

akhir kata, selamat tahun baru awak awak semua.. semoga tahun baru ini memberikan kita banyak kebaikan, banyak keberkatan, dan banyak perubahan ke arah yang lebih baik.. sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu datang dari kita sendiri.. apabila masuk tahun baru, maka berubah lah satu lagi tangga umur kita, dan sentiasa ingatlah bahawa ajal itu akan tiba pada bila-bila masa sahaja.. persoalannya bersediakah kita??

selamat tinggal 2013, terlalu banyak kenangan pahit dan manis.. terima kasih Ya Allah kerana masih meminjamkan aku nafas di bumi ini.. terima kasih ibu dan ayah untuk segala jasa-jasa dan pergorbanan kamu selama ini.. terima kasih keluarga yang sentiasa ada di susah dan senangku.. terima kasih kawan-kawan atas persahabatan yang amat bernilai.. terima kasih semua.. 




Saturday, 2 November 2013

zoomanji in the house..

Assalamualaikum w.b.t.
'
sedang mood yang sangat baik dan cuaca yang baik.. baiklah kita merajinkan tangan untuk menghapdate lagi entry baru.. ok citer ni dah agak lama jugak lah kan.. dalam seminggu.. so rasa lama ke tak lama?? haha.. ok dah, back to the title.. 'zoomanji in the house'.. nak dijadikan cerita, kelab sudoku telah mengadakan teambuilding yang telah dijalankan di Zoo Melaka.. yeayyyyy.. part-part haiwan memang aku sangat suka dan teruja.. 


hah amikkkkk budak gemuk di depan zoo.. zoo bukak pukul 9.00 pagi, tapi pukul 8.30 pagi kiter orang dah sampai.. so apa lagi.. sesi fotografi tergedik-gedik lah kat depan zoo.. haha.. so so so.. lepas je zoo bukak, kiter orang terus masuk.. ada briefing sikit.. lepas tu, terus je start activiti.. 

antara aktiviti yang telah dijalankan adalah mencari bola pingpong dalam tahi gajah, meneka mata binatang dengan betul, mencari duit syiling 20sen di dalam bekas yang berisi katak, menyelesaikan puzzle dan sebagainya.. disebabkan aku fasilitator, so aku just standby kat checkpoint jerk.. so pagi-pagi lagi aku dah mengadap gajah yang hensem lagi menawan.. haha.. 


hah tengok betul-betul, best kan aktiviti yang dijalankan ni.. so tatap lah gambar ni, takut-takut ada awak-awak semua dalam ni.. haha.. kat sini aku nak bagitahu jugak teambuilding tu hape.. sebab bila aku cakap pasal teambuilding, ramai sangat tanya, "teambuilding tu hape benda?".. huhuk.. so teambuilding ni lebih kurang macam explorace lah.. berlari-lari tuk completekan segala task yang diberikan di checkpoint.. 

aktiviti ini telah dijalankan pada pukul 10.00 pagi sehingga lebih kurang pukul 3.00 petang.. dan paling best sekali.. as fasilitator, mestilah kita duk suka gelakkan orang sana sini kan?? tapi tapi dan tapi.. time majlis penutup, dorang dorang dan dorang boleh lah pulak suruh kiter orang buat dua aktiviti yang sangat menyeramkan.. aktivitinya adalah mencari duit syiling 20sen dalam bekas yang ada katak.. wuuuuuuuu.. dan dan dan minum telur mentah yang bercampur dengan cincau.. oh maiiii.. nak jerit pun mestilah takkan terkeluar suara.. so buat jelah.. redha katanya.. haha.. 


ini adalah antara muka-muka yang sangat kebal dan mantap yang telah berjaya melaksanakan segala task-task yang diberikan.. opps lupa.. dorang jugak terpaksa pegang ular selama 30saat if i not mistaken.. so so so congratulation awak orang.. and thankz so much kerana telah bersama-sama join kiter orang tuk aktiviti ini.. and insyaAllah akan ada banyak lagi event selepas ni.. 


congratulation jugak untuk commitee member yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan event ini.. segala penat dan lelah anda telah berhasil.. yeahhhhh.. dan yeahhhhh settle satu aktiviti dan boleh fokus untuk aktiviti yang seterusnya.. hehehe.. 

nota terajang: kalau xtry, kita xtahu kita boleh buat ke tidak kan.. so just do it!!

Friday, 1 November 2013

kursus pra perkahwinan..

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah.. sampai jugak dekat rumah tercinta.. disebabkan terlalu excited nak balik rumah, sebelum pergi kelas pagi tadi, aku dah siap-siap kemas dan masukkan semua barang dalam 'en tenggiling' kesayangan.. haha.. dari tadi duk tenung blog ni.. nak taip ke tak nak?? nak tulis ke tak nak?? nak update ke tak nak?? haha.. sebab aku bukannya jenis penulis tegar.. oleh sebab kebizian yang teramat sangat, menaip pun jadi malas nanti.. 

so entry ini adalah berkenaan KURSUS PRA PERKAHWINAN.. so menarik kan?? bila kita pergi jerk kursus kawin, ramai yang akan tanya, "eh bila nak kawin?", "dapat orang mana?".. haha.. biasa lah lumrah kehidupan.. pada kebiasaannya orang yang pergi kursus kahwin ni, orang yang dah bersedia untuk memasuki alam rumahtangga.. tapi pada aku, "tidak salah sekiranya kita ingin menghadiri majlis ilmu".. 


sila menatap muka depan buku di atas.. 'negeri johor'.. iye, aku anak jati johor.. haha.. memang xpernah terpikir nak pergi kursus kahwin awal-awal.. tapi memandangkan kursus kahwin ni dijalankan di 'sekolah', so so so ada baiknya aku join.. sebab after tamat sekolah, mesti dah start bizi dengan kerja, nanti terpaksa curik-curik masa pulak.. 


ini adalah finalis-finalis yang akan berkahwin.. haha.. ayat xley blah.. sebelum pergi kursus kahwin, so jom bergambar.. ni adalah perkara yang dimestikan sejak dua menjak ni.. haha.. nie sumer housemate yang join sekali program kursus kahwin.. hehe.. so seperti biasa perkara yang ditunggu-tunggu adalah bab munakahat.. haha.. 


itu dia.. itu dia.. macam best jerk.. macam best jerk.. haha.. time nie mata semua orang sangatlah besar.. dan muka semua orang adalah sangat berseri-seri.. haha.. biasalah budak sekolah memang macam ni.. haha.. sabor jela perangai.. banyak slot yang ada dalam program kursu kahwin ni selain dari bab munakahat.. antara slot yang terlibat adalah mengenai tanggungjawab, kesihatan, pengetahuan dan sebagainya.. Alhamdulillah kursus yang diadakan selama dua hari berjalan dengan lancar.. hehe.. 


dan sememangnya ramai yang mengatakan setelah menghadiri kursus kahwin, anda boleh bernikah.. tetapi pada aku ilmu yang kita dapat semasa pengajaran tersebut adalah sangat penting.. dan tidak salah sekiranya anda mahu menghadirinya untuk kali kedua.. hehe.. so time aku datang kursus kahwin ni jugak, dorang ada bagitahu yang borang nikah semua dah boleh download dekat internet jerk.. hehe.. so xperlu lah nak datang ke pejabat agama.. sekian.. 

nota terajang : perkara yang paling baik dilakukan di dunia adalah sering mengikuti ataupun meghadiri majlis-majlis ilmu..