Followers

Saturday, 2 November 2013

zoomanji in the house..

Assalamualaikum w.b.t.
'
sedang mood yang sangat baik dan cuaca yang baik.. baiklah kita merajinkan tangan untuk menghapdate lagi entry baru.. ok citer ni dah agak lama jugak lah kan.. dalam seminggu.. so rasa lama ke tak lama?? haha.. ok dah, back to the title.. 'zoomanji in the house'.. nak dijadikan cerita, kelab sudoku telah mengadakan teambuilding yang telah dijalankan di Zoo Melaka.. yeayyyyy.. part-part haiwan memang aku sangat suka dan teruja.. 


hah amikkkkk budak gemuk di depan zoo.. zoo bukak pukul 9.00 pagi, tapi pukul 8.30 pagi kiter orang dah sampai.. so apa lagi.. sesi fotografi tergedik-gedik lah kat depan zoo.. haha.. so so so.. lepas je zoo bukak, kiter orang terus masuk.. ada briefing sikit.. lepas tu, terus je start activiti.. 

antara aktiviti yang telah dijalankan adalah mencari bola pingpong dalam tahi gajah, meneka mata binatang dengan betul, mencari duit syiling 20sen di dalam bekas yang berisi katak, menyelesaikan puzzle dan sebagainya.. disebabkan aku fasilitator, so aku just standby kat checkpoint jerk.. so pagi-pagi lagi aku dah mengadap gajah yang hensem lagi menawan.. haha.. 


hah tengok betul-betul, best kan aktiviti yang dijalankan ni.. so tatap lah gambar ni, takut-takut ada awak-awak semua dalam ni.. haha.. kat sini aku nak bagitahu jugak teambuilding tu hape.. sebab bila aku cakap pasal teambuilding, ramai sangat tanya, "teambuilding tu hape benda?".. huhuk.. so teambuilding ni lebih kurang macam explorace lah.. berlari-lari tuk completekan segala task yang diberikan di checkpoint.. 

aktiviti ini telah dijalankan pada pukul 10.00 pagi sehingga lebih kurang pukul 3.00 petang.. dan paling best sekali.. as fasilitator, mestilah kita duk suka gelakkan orang sana sini kan?? tapi tapi dan tapi.. time majlis penutup, dorang dorang dan dorang boleh lah pulak suruh kiter orang buat dua aktiviti yang sangat menyeramkan.. aktivitinya adalah mencari duit syiling 20sen dalam bekas yang ada katak.. wuuuuuuuu.. dan dan dan minum telur mentah yang bercampur dengan cincau.. oh maiiii.. nak jerit pun mestilah takkan terkeluar suara.. so buat jelah.. redha katanya.. haha.. 


ini adalah antara muka-muka yang sangat kebal dan mantap yang telah berjaya melaksanakan segala task-task yang diberikan.. opps lupa.. dorang jugak terpaksa pegang ular selama 30saat if i not mistaken.. so so so congratulation awak orang.. and thankz so much kerana telah bersama-sama join kiter orang tuk aktiviti ini.. and insyaAllah akan ada banyak lagi event selepas ni.. 


congratulation jugak untuk commitee member yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan event ini.. segala penat dan lelah anda telah berhasil.. yeahhhhh.. dan yeahhhhh settle satu aktiviti dan boleh fokus untuk aktiviti yang seterusnya.. hehehe.. 

nota terajang: kalau xtry, kita xtahu kita boleh buat ke tidak kan.. so just do it!!

Friday, 1 November 2013

kursus pra perkahwinan..

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah.. sampai jugak dekat rumah tercinta.. disebabkan terlalu excited nak balik rumah, sebelum pergi kelas pagi tadi, aku dah siap-siap kemas dan masukkan semua barang dalam 'en tenggiling' kesayangan.. haha.. dari tadi duk tenung blog ni.. nak taip ke tak nak?? nak tulis ke tak nak?? nak update ke tak nak?? haha.. sebab aku bukannya jenis penulis tegar.. oleh sebab kebizian yang teramat sangat, menaip pun jadi malas nanti.. 

so entry ini adalah berkenaan KURSUS PRA PERKAHWINAN.. so menarik kan?? bila kita pergi jerk kursus kawin, ramai yang akan tanya, "eh bila nak kawin?", "dapat orang mana?".. haha.. biasa lah lumrah kehidupan.. pada kebiasaannya orang yang pergi kursus kahwin ni, orang yang dah bersedia untuk memasuki alam rumahtangga.. tapi pada aku, "tidak salah sekiranya kita ingin menghadiri majlis ilmu".. 


sila menatap muka depan buku di atas.. 'negeri johor'.. iye, aku anak jati johor.. haha.. memang xpernah terpikir nak pergi kursus kahwin awal-awal.. tapi memandangkan kursus kahwin ni dijalankan di 'sekolah', so so so ada baiknya aku join.. sebab after tamat sekolah, mesti dah start bizi dengan kerja, nanti terpaksa curik-curik masa pulak.. 


ini adalah finalis-finalis yang akan berkahwin.. haha.. ayat xley blah.. sebelum pergi kursus kahwin, so jom bergambar.. ni adalah perkara yang dimestikan sejak dua menjak ni.. haha.. nie sumer housemate yang join sekali program kursus kahwin.. hehe.. so seperti biasa perkara yang ditunggu-tunggu adalah bab munakahat.. haha.. 


itu dia.. itu dia.. macam best jerk.. macam best jerk.. haha.. time nie mata semua orang sangatlah besar.. dan muka semua orang adalah sangat berseri-seri.. haha.. biasalah budak sekolah memang macam ni.. haha.. sabor jela perangai.. banyak slot yang ada dalam program kursu kahwin ni selain dari bab munakahat.. antara slot yang terlibat adalah mengenai tanggungjawab, kesihatan, pengetahuan dan sebagainya.. Alhamdulillah kursus yang diadakan selama dua hari berjalan dengan lancar.. hehe.. 


dan sememangnya ramai yang mengatakan setelah menghadiri kursus kahwin, anda boleh bernikah.. tetapi pada aku ilmu yang kita dapat semasa pengajaran tersebut adalah sangat penting.. dan tidak salah sekiranya anda mahu menghadirinya untuk kali kedua.. hehe.. so time aku datang kursus kahwin ni jugak, dorang ada bagitahu yang borang nikah semua dah boleh download dekat internet jerk.. hehe.. so xperlu lah nak datang ke pejabat agama.. sekian.. 

nota terajang : perkara yang paling baik dilakukan di dunia adalah sering mengikuti ataupun meghadiri majlis-majlis ilmu.. 

Friday, 18 October 2013

bufday gurl..

Assalamualaikum w.b.t

pejam celik pejam celik dah pun hari jumaat.. so maknanya maknanya maknanya......CUTI NAK HABIS DAH BRO.. sadisnya.. xpuas lagi duduk dekat rumah.. hehe.. alasan lebih, padahal malas nak balik sana, malas nak g kelas.. malas nak buku.. dan malas semalasnya.. haha.. ok dah, selama dekat rumah, sampai pun dah lewat petang hari sabtu, so pastinya cuti itu telah ditolak.. plus plus dengan raya, so memang tidaknya nak bukak buku segala.. 

actually, nak cerita pasal sorang budak yang meningkat dewasa.. dewasa ke?? remaja ok.. (pembetulan disitu).. haha.. selalunya time hari jadi @ hari lahir @ hari kejadian aku dah ada kat rumah.. so untuk kali ni, memang aku tiada kat rumah.. dan terima kasih kepada semua yang wish dekat mesej, mukabuku, kelas dan sebagainya.. really appreciate.. :))


yuhuuuuuu.. muka budak gembira tetiba dapat kek.. haha.. senyum lebar dan lebar lagi.. ceyh petang tu ada test and dah lepas ley lah senyum lebar lebar kan.. actually kedai makan yang kitaorang pegi nie memang superb giler.. bagi aku sume special and sume sedap.. hehe.. siap ada lilin tu.. dorang lagi lah duk nyanyi - nyanyi and soh tiup lilin.. malu i.. hahaha.. 


nahhhhhh amikkk.. selain dari aku, tu sume lah makcik-makcik yang telah buat surprise.. hehe.. fira, tiqa and ummu.. thankz korang, sayang ketat-ketat.. hehe.. gambar yang berlatarbelakangkan pemandangan i-city celop tu memang sangat cantik.. lagi-lagi bila ada awek cun prefer nak jadi camerawoman.. haha.. ingat nak seround lagi jenjalan kat funfair tapi alkisahnya hujan malam tu, so no funfair yerr budak-budak.. hehe..

selain daripada itu, ceyh ayat cam nak buat karangan.. haha.. sampai je rumah, ingatkan dah xde kek sebab balik pun dah lambat.. so, angkat sume barang masuk rumah dengan lajunya.. kalau dah cuti, apa yang ada dalam otak adalah rehat rehat rehat tanpa buku buku buku.. haha.. barang memang sangatlah banyak kerana dah sebulan xbalik rumah, so macam macam aku sumbat kat 'en tenggiling' tu.. haha.. 


nah amik lagi sebiji kek.. haha.. credit to kak nadd sebab dah prepare kek awal-awal.. haha.. eh eh eh kek tersamalah pulak dengan tudung.. memandangkan semua orang kebizian, so aku sorang amik gambar.. abaikan muka yang sangat penat itu ok.. haha.. so so so selamat hari tua lah budak.. hehe.. 


ok nah full cake.. haha.. nick joyahjunior memang dah sebati dalam kehidupan aku.. so memang itu lah nama pilihan.. haha.. selamat hari lahir joyah.. semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. mendapat kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.. angka 22 sudah.. :)

nota terajang : terima kasih terima kasih dan terima kasih..


Saturday, 5 October 2013

ceritera semalam..

Assalamualaikum w.b.t.

menjelang pukol 1 pagi dan ke atas.. aktiviti kita pada hari ini adalah menaip ceritera semalam.. yang tu nanti lah cerita.. hari ni punyer cerita adalah apabila kerajinan melakukan kerja-kerja sekolah dan terputusnya bekalan elektrikkkk.. sabor jela den nie.. dan apabila terputusnya bekalan elektrik, mood untuk melakukan segala kerja-kerja sekolah terbantut.. haha.. even dah ada elektik dari pukol 11 lebeyh tadi, aku still belum start buat kerja sekolah yang sangat melambak.. 

ok dah, mari kita ceritera semalam pulak.. setelah mendengar cerita-cerita dari orang lain bahawa terdapatnya funfair di kawasan bandaraya.. bandaraya lah sangat.. haha.. so dengan gegehnya aku dengan kawan2 yang baik hati telah pergi ke tempat kejadian.. hah tengok lah bahasa aku, dah macam apa.. ok meyh tengok gambar pulak.. 



hah amik tu.. nampak tak betapa gembira dan bahagianya kami ber'empat' apabila sampai ke tempat kanak-kanak sebegini.. setelah membayar harga tiket, so jom main apa yang ada.. haha.. ke'jakun'an sangat membuak-buak tatkala ini.. haha.. 


tengok jangan xtengok.. besar kan?? tapi kiterorg xnaik pon.. orang-orang kapel best lah kot naik benda cam ni.. tapi member aku cakap syiok lah naik benda ni, bole tengok kawasan.. tapi bila dah sampai rumah, aku lak terpikir, best jugak kalau naik.. ish.. manusia manusia.. 


hah yang ni pulak top gun.. seronok tahap gaban aku rasa kalau naik benda alah nie.. tapi memandangkan aku dah pening2 lalat.. so cancel lah naik benda nie.. lagipun aku dah penah naik benda alah ni kat tempat lain.. hehe.. dan memandangkan kawan-kawan semua xmo naik, so memang cancel lah.. xfeel lah lau tarak member.. 


yang ni challenger.. yang nie pun best jugak kot sebab dye naik ramai2.. tapi rasa- rasa selepas tengok dan belek-belek cara permainan dia, aku rasa pening kot kalau naik.. haha.. so ni pon cancel.. lau aku pergi lagi, aku naik rasanya.. haha.. perangai macam budak-budak.. yelah time aku budak-budak, parent aku xbawak pergi tempat cam nie.. bahaya katanya.. 


buaian senget.. haha.. yang ni aku naik sebab xpuas main kat genting dulu-dulu.. so main lah kat sini,, tapi yang ni aku main sorang jerk.. seronok pusing-pusing sampai pening.. haha.. before main nie, kiterorg main rollercoaster.. tapi sayangnya sebab excited, so no picture okeyh.. hehe.. 


dan last sekali.. yang paling extreme dan sangat menakutkan adalah permainan vortex nie.. perghhh rasa seram giler.. mana tak nya.. 8 orang jerk duk main benda alah ni dalam satu game.. bila orang kat bawah nk naik.. orang kt atas tu dah tunggu.. seram ok.. rasa nk tercabut jantung tengok orang lain main.. aku?? belum ada keberanian lagi nak main benda alah nie.. haha.. tengok pun jadi lah..

so so dan so.. ni jela kot ceritera semalam.. time balik nak pi bungkus makanan, jalan sangat lapang okeyh.. haha.. bagus jugak lah taman permainan yang cam ni ada kat tempat den.. so adalah jugak tempat nak pegi dari wayang, karaoke dan bowling.. ok dah lah, nk kena siapkan report.. see u soon.. hehe.. 

nota terajang :  seronok seronok jugak.. tapi ingat teruskan fokus dengan segala kerja.. kbye.. 

Wednesday, 25 September 2013

sayang kamu dan kamu.. :))

Assalamualaikum w.b.t

hai hai.. lama sangat xjenguk blog nie.. kesian dia.. haha.. aku tengah duk joget2 dengar lagu sheila on 7 nie.. haha.. sabor jela perangai.. sory sory and sory to my blog sebab sangat2 bz.. cuti dua bulan telah dipenuhi dengan intersession program.. hehe.. actually, program ni adalah merupakan program short course di universiti aku.. aku pernah citer kot pasal nie.. hehe..
so the best about this program is 'CIKGU SAYA'.. hehe.. cikgu hasan.. cikgu kiterorg sangat2 lah sporting.. hehe.. suka sangat.. buat lah kelas pagi ke, petang ke, malam ke, sumua orang mesti happy.. hehe.. betul lah orang cakap 'setiap pengajar ada power mereka sendiri'.. eh cam ne tu? paham2 kan jela ok.. and selama setahun aku dekat sini, aku rasa dengan cikgu ni lah kiterorg paling rapat.. hehe..


hah yang ni gambar time jamuan rayer dekat kepsi.. haha.. b4 makan, haruslah gambar kan.. hehe.. nampak kan?? semua bahagia tersangat2 even time rayer orang sibuk berayer, kiterorg ada kelas lagi.. haha.. part ni semua sebelah perempuan perempuan.. haha..


hah hambik kau.. ni pulak gambar kami semua.. hehe.. yang depan pakai baju hitam tu lah cikgu saya yang hensem.. hehe.. dan ni lah classmates aku selama 5 minggu.. hehe.. oh rindu kalian semua.. rindu nk belajar ekonomi sama2.. rindu cikgu hasan.. rindu nak study dekat library sama2.. 

Alhamdulillah.. Tuhan telah menemukan kita semua.. terima kasih cikgu atas ilmu-ilmu yang diberikan.. terima kasih juga kawan-kawan kerana membantu saya semasa belajar.. so lepas ni, kita jumpa gathering dekat melaka pulak ok.. hehe.. 

nota terajang : Good luck awak awak semua.. :))

Thursday, 8 August 2013

popcorn time..

Assalamualaikum..

hari ni nak citer pasal satu movie yang mampu membuatkan aku seram sampai rasa nk kuar dari panggung wayang.. cisdale betul movie nie.. actually before balik kampung hari tu, membe aku ajak tengok movie.. so citer tu memang aku nak tengok pon.. dah alang2, baik tengok sebab nanti bila dah sampai rumah, aku xtaw nak ajak sapa g tengok.. so so so even mata mengantuk, tengok jugak.. 


hah ni dia movie yang kiterorg duk tengok.. p time tu, aku rasa aku tengok. 2 August kot.. ntah hilang ingatan kejap.. haha.. sebenarnya citer nie based on true story yang menceritakan tentang seorang perempuan yang telah dirasuk dan dipergunakan untuk membunuh anak dia sendiri.. lebih kurang macam tulah cerita dia.. 30 jam pertama aku tengok sambil duk kelip-kelip mata sebab mengantuk kan.. tapi lepas tu, memang xtidow lah sebab citer nie banyak benda yang menakutkan dan pengarah dia cam ajak kita sekali join dalam citer tu.. 


hah ni dia penyiasat tentang hantu atau benda-benda pelik dan sebagainya.. dorang ni suami isteri.. dan if dorang dah dapat satu kes, dorang memang akan tolong org tu sampai kes dia settle.. dan macam-macam kes dorang siasat.. tapi kes yang ditanggung dalam citer ni kira paling adventure lah bagi dorang.. 


hah tengok 2.. orang yang taw seram jerk, dia akan rasa seram.. ntah pape aku taip nie.. haha.. actually, filem ni memang seram dan menakutkan..  dah lah time aku tengok 2, ada 4 orang jerk dalam panggung wayang tu, so seram dia jangan cakap lah.. aku sampai bercita-cita nak kuar dari situ.. hah xpernah-pernah terfikir nak buat cm tu.. p disebabkan nak tahu kisah selanjutnya, still xbergerak dari kerusi.. haha.. 


hah nampak kan.. berbaju kurung g tengok wayang.. hehe.. time amik gambar nie, member aku cakap hantu tu tengok aku.. siot jerk kan dia.. haha.. pe pun, aku nasihatkan kepada sesiapa yang ada sakit jantung, lemah semangat dan sebagainya, xpayah lah tengok citer nie tok elakkan perkara-perkara lain terjadi.. tapi andai kata ada orang nk tengok citer nie, ajaklah aku sebab aku nak join sekaki.. haha.. 

nota terajang : pengarah yang berbakat mampu menghasilkan filem yang masih ada dalam pemikiran kita even kiter dah keluar dari panggung wayang.. 

hari raya pertama 2013..

Assalamualaikum.. 

Morning.. hari raya kedua.. jenjengjeng.. pagi-pagi lagi perut dah 'memerut'.. tau ke memerut tu apa?? alahai dye adik beradik dengan sakit perut.. haha.. hah tu lah akibatnya bila makan xingat dunia.. haha.. semalam duk hentam ketupat, nasik himpit dan tersepit, rendang, ayam kari, ayam masak kicap, serunding, sambal kacang, sambal goreng, sayur pedas, kuah lodeh dan sebagainya.. air pulak jangan cakap lah, air gas, ribenna, ice lemon tea, nescafe sume aku bedal.. haha..

the best thing bila raya adalah dapat berkumpul satu family and jumpa sumer sedara mara.. kehkehkeh.. p family aku xde lah besar sangat.. so, meriah dye kurang sikit.. tapi kiterorg jenis 'ketawa kuat'.. so memang xingat dunia lah bila gelak tu.. and mostly jiran-jiran cakap xkira dari nenek, makcik and sampai lah kat generasi kiterorg, ketawanya sama jerk.. haha.. 


nah, amik nie.. gambar gedik.. kehkehkeh.. actually. ni baju hari raya kiterorang.. tema tahun ni adalah 'pink'..  xtaw lah sape yang decide nak colour nie.. p lau nk diikutkan colour lain sumer dah ada kot.. hah xpe, boleh tambah koleksi.. hahah.. 


hah tengok.. ni lah adik beradik.. sumer pink kan.. hahaha.. kiterorg sumer masih muda remaja.. sumer lom kawen lagi.. p xtaw lah tahun-tahun mendatang.. lau ada yang kawen, so tambahlah lagi family.. hehehe.. and bertambah lah lagi duit raya aku.. kahkahkah.. masih dapat duit raya ke tidak?? aku still dapat atas alasan 'STUDENT'.. haha.. untung kan kan kan.. 

ni jerk lah dulu ok.. gambar-gambar seterusnya akan diupload kemudian.. hehe.. ok dah, dikesempatan ini, aku nk ucapkan selamat hari raya.. maaf zahir dan batin.. ampun dipinta andai terkasar bahasa dan tersilap kata dan teremosi xtentu hala.. hehe.. :))

nota terajang: berayalah dalam keadaan yang sederhana kerana itu adalah lebih baik..